Thursday, March 10, 2016

Random

Aku mempunyai satu soalan yang tiba-tiba muncul dalam kepala sewaktu aku berada di dalam bilik air. Aku pun tak pasti lah godaan syaitan mana yang sengaja meniimbulkan never-ending question waktu dalam bilik air ini. Nak buatkan aku berlama-lama dalam bilik air barangkali.

Persoalan ini asalnya persoalan biasa sahaja. “Kenapa orang Arab boleh kencing merata tepi jalan dan orang Melayu tak berbuat perkara yang sama?”

Menariknya, persoalan ini timbul setelah beberapa hari kejadian ‘ammu’ teksi berhenti tepi jalan untuk menyelesaikan hajat beliau.

Waktu itu aku dah lambat pergi lecture @ muhadharah (alamak..serius aku lupa perkataan ‘lecture’ dalam BM!). Tengah-tengah dalam perjalanan, si ammu driver teksi berhenti tepi jalan sambil membawa sebotol air yang masih berisi sedikit air.

Waktu itu juga aku dah memaki dalam hati. Aku dah lambat. “What the h*** mamat ni?!”

Lama kemudian, aku bermenung di hadapan cermin bilik air, aku tanyakan pada diri sendiri; “Kenapa jadi macam itu?”

“Apa beza masyarakat Melayu daripada mereka yang menyebabkan perkara yang sama tidak berlaku?”

Kalaulah masyarakat Melayu dan Arab berlainan agama, mungkin agama merupakan salah satu faktornya.

Tetapi realitinya bukan begitu. Kedua-duanya Muslim.

Sintesis dan analisis berkenaan tabiat itu akhirnya membawa aku kepada persoalan budaya. Sememangnya jelas, budaya kita dan mereka jauh berbeza. Masyarakat Melayu pemalu. Lain pula dengan masyarakat Arab. Mereka kisah apa kalau orang nak kata.

Mengimbas suatu masa, ketika aku dan ahli rumah berjalan kaki setengah jam ke pasaraya yang sedikit jauh. Dalam perjalanan pulang, kami berhenti sebentar ke kedai buku tepi jalan. Asalnya aku mahu membeli satu buku kanak-kanak berbahasa arab untuk mengisi masa lapang membaca dan menterjemah. Tetapi akhirnya kami menghabiskan masa berborak dengan pemilik kedai buku, Khaled, berkenaan politik Mesir dan sedikit tentang budaya masyarakat Arab.

Khaled bertanya, apa perkara yang kami tidak suka di Mesir.

Jujur kami jawab, tentang sampah adalah satu perkara yang paling tidak boleh kami terima dengan akal. Seolah-olah komuniti di sini tidak pernah menghiraukan pencemaran bau dan mata yang berlaku setiap hari.

Kata Khaled, mentaliti masyarakat di sini sangat ajaib. Walaupun kau seorang yang tidak membuang sampah merata-rata, kawan kau akan tolong buangkan sampah kau di mana-mana yang dia suka

“What are you doing?”

I’m keeping my trash so after I find one rubbish bin, I will throw this away.

“Why are you doing that?”

What’s the problem with what I’m doing?

“Noo. Are you saying that you’re any better than me because you’re not throwing away your trash?”

….

“Let me throw that away for you!”

Mereka tahu bahawa mereka bersalah membuang sampah merata-rata, tetapi mereka merasa selesa kerana ramai lagi yang membuat perkara yang sama.

Akhirnya kita tahu, wujud perkaitan di antara budaya dan mentaliti.

Oleh kerana itu, mentaliti yang dibentuk sejak kecil adalah esensi penting pembentukan masyarakat madani (bertamadun). Bagaimana membentuk mentaliti kelas pertama?

Acuannya adalah sistem pendidikan awal.

Soal pendidikan pula tidak pernah menjadi semudah ABC. Selain mendidik kemahiran berfikir, kemahiran tatasusila dan akhlak juga merupakan komponen penting. Natijah daripada penguasaan kesemua aspek pendidikan secara menyeluruh itu jugalah yang membentuk budaya kita.

Bagi aku secara peribadi, pendidikan moral dan akhlak itu perlu berlaku sedari kecil, bahkan perlu bermula dari rumah. Tanggungjawab mendidik anak kecil itu merupakan tanggungjawab bersama ibu dan bapa.

Kalau kita merenung kembali sistem kekeluargaan orang tua kita, kita dapat melihat beberapa perkara. Si bapa tugasnya mencari rezeki, dan apabila pulang ke rumah, tugas bapa adalah mengajar asas ilmu agama. Sebagai contoh, mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran atau menghafal sifat Allah yang 20.

Sementara si bapa mencari rezeki pada waktu pagi, si ibu pula mendidik anak dengan etika dan akhlak terpuji. Didodoinya anak kecil dengan selawat sehingga anak itu ketiduran. Apabila terjatuh dan si anak melukakan kaki mereka, ibu datang sebagai doktor dan pada masa yang sama bertindak sebagai guru - menyuruh anak belajar dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Hebat sangat tugas ibu ini. Kalau diminta menjadi chef, sekelip mata sahaja ditunaikan permintaan kita. Doktor juga boleh. Paling-paling kurang, si ibu boleh menyapu antiseptik pada luka atau menyelesaikan misi ‘earwax retrieval’. Menjadi guru juga dia. Menjadi tukang cerita juga dia. Menjadi kaunselor juga dia.


Jadi, persoalan yang dibangkitkan pada awal entri ini secara ringkasnya membawa kita kepada satu jawapan yang menjadi tunjang kepada pembentukan budaya dan mentaliti – iaitu pendidikan awal yang menyeluruh dan sejati.

No comments:

Post a Comment