Monday, February 15, 2016

Jaulah Fayoum dan Maqam di Cairo

Lepas ke Coptic Cairo pada 5hb Feb, lusanya (7hb Feb) aku ikut trip PCM ke Fayoum dan Cairo (lagi sekali). PCM ni abbr. untuk PERUBATAN Cawangan Mansurah. Trip ni sebenarnya khas untuk akhawat, tapi well, aku pun mengada nak ikut sekali. So the cost I have to pay is by being an AJK. AJK TUgas-tugas Khas la untuk angkat-angkat barang.

Jadi, sepanjang perjalanan nak dikatakan banyak sangat dugaan tapi yang paling penting ibrah dari setiap tempat yang dapat aku ziarah.

Aku cadang tak mahu tulis panjang-panjang. Aci tak kalau aku selit gambar je? Nanti kau orang bacalah caption bawah gambar tu.

Untuk ringkasan trip ini, di Fayoum kami pergi ke Buhaira Qarun (tasik Qarun) dan Wadi Rayyan (lembah Rayyan). Sekejap je di Fayoum. Mungkin lebih kurang 6 jam. Banyak lagi tempat yang tak sempat nak lawat.

Di Cairo pula, lawatan kami bertemakan ziarah maqam-maqam keturunan Nabi dan tokoh-tokoh Islam.

Ok, last tulisan aku sebelum kita tengok gambar. Aku suka sangat lawatan ini sebab seolah-olah kau boleh temukan jiwa sepanjang rehlah atau jaulah atau trip ini. Bukan kosong-kosong pergi ke satu tempat. Perasaan melawat maqam dan tempat bersejarah yang mempunyai sejarah Islam seakan menampar diri aku (so hard).

Nak kata, aku yang selama ni lalai sangat dengan dunia, boleh meremang bulu roma memikirkan, ‘Oh hinanya aku berbanding manusia-manusia yang telah pergi ini’. Menangis juga dalam hati teringat darjat yang tak seberapa.


Mungkin kalau ada sesiapa yang berkeinginan melawat maqam-maqam ini, betulkan niat untuk memperbaiki diri. InshaAllah dipermudahkan jalan mendapat ‘tamparan’ sebegini, bahkan mungkin lagi kuat daripada apa yang aku dapat.

Buhaira Qarun (Tasik Qarun). Masyarakat tempatan mengaitkan tasik ini dengan kisah Qarun dan sepupunya Nabi Musa. Namun, dikatakan tasik ini dan wujud lama sebelum zaman Nabi Musa. Suatu ketika, firaun apatah-namanya-tak-ingat mengalirkan air dari Sungai Nil ke sini dan jadi lah tasik sehingga sekarang. Luas tasik lebih kurang 40km persegi.  
DI lembah Rayyan. Di sini sahaja terdapat 2 lagi tasik yang tidak bersambung antara satu sama lain. Ajaibnya, tasik-tasik ni wujud di tengah-tengah padang pasir. Sememangnya dataran Fayoum ini berada pada titik yang terendah membolehkan kawasannya diairi untuk pertanian.

Shalalat Wadi Rayyan. Air terjun di lembah Rayyan. Satunya-satunya air terjun di Mesir. Ada yang kata air terjun ini terjadi semulajadi, tetapi ada juga yang kata ini air terjun buatan. Wallahua'alam. Just enjoy the view.

Malu nak letak gambar besar-besar. Orang kata mata aku sepet, tapi sebenarnya silau je tu. Hoho.

Masjid Amr Al-As pada waktu malam. Kali kedua aku pergi tapi lepas ni memang kena pergi lagi sebab tak sempat tengok tiang tempat Imam Syafie bersandar ketika mengajar pengajian di masjid ini.

Sejarah di Maqam Sayida Ruqaiya dan keturunan Nabi Muhammad. 


Gambar di maqam Sayida Ruqayya.

Maqam Ibnu Sirin. Pentafsir mimpi Islam yang terkenal. Bukunya yang paling masyhur, Tafsir Ahlam.

Maqam Sayyida Nafisah bint Hassan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Hassan bin Ali bin Abi Talib. Juga merupakan tok guru kepada Imam Muhammad bin Idris asy-Syafie.

Gambar di perkarangan Masjid Sayyida Nafisah.
Maqam Sultan Hanafi. Awalnya aku ingat ini maqam Imam Hanafi, tetapi bukan. Sultan Hanafi merupakan wali Allah yang diberi kemuliaan dalam kalangan rakyat ketika itu. Dipanggil dengan gelaran Sultan kerana sifatnya yang pemurah, alim dan masyarakat lebih mendengar kata-kata beliau berbanding sultan atau khalifah pada zamannya.

Gambar dari luar Masjid Sultan Hanafi. lepas ni boleh la try nak pergi sendiri.

Telaga Sultan Hanafi. Menurut satu riwayat, dikatakan Sultan Hanafi berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Keluarganya memesan daripada beliau untuk membawa pulang air zamzam. Setelah pulang dari mengerjakan haji, ramai daripada penduduk kampungnya meminta air zamzam sehingga air zamzam itu habis. Dikhabarkan kehabisan air zamzam itu kepada keluarganya. Sultan Hanafi kemudiannya menggali telaga di belakang kawasan rumahnya dan dengan kuasa Allah, terpancut mata air dari tanah. Rasanya memang payau-payau air zamzam. Ada yang kata, air dari telaga Sultan Hanafi bersambung dengan mata air di Mekah iaitu air zamzam. Maka, beramai-ramai lah kami mengambil berkat daripada telaga Sultan Hanafi. 

Tulisan berkenaan riwayat hidup Sultan Hanafi serta kelebihan dan karamahnya.

Maqam menantu Sultan Hanafi bertentangan dengan maqam beliau.

Bergambar di dalam Citadel Salahuddin al-Ayubi. Di mesir terdapat 2 kubu Salahuddin al-Ayubi. Satu lagi bertempat di Semenanjung Sinai.

Berlatarbelakangkan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Juga masih di dalam kubunya.
Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha di dalam Kubu Salahuddin.

Rekaan dalaman Masjid Muhammad Ali Pasha.

Perkarangan Masjid Muhammad Ali Pasha sebelum masuk ke dewan solat. Menara jam di sebelah kanan itu hadiah daripada Perancis sebagai tanda pembebasan Mesir daripada kolonial Perancis.

Maqam Muhammad Ali Pasha. Pakcik Arab ada kata dalam tu pun ada maqam isteri Ali Pasha, namanya Zainab. Tapi aku nampak satu je maqamnya.

Pelan kawasan dalam Kubu Salahuddin yang sekarang ini dijadikan Muzium Polis Kebangsaan.

Excavuation area. Aku tak tau apa function benda alah ini. Mungkin boleh bayangkan sendiri based on nama tempat ini kot. Hehe. 

Maqam Imam mazhab kita, Imam Muhammad bin Idris asy-Syafie. Beliau bersambung keturunan dengan keluarga Nabi Muhammad melalui al-Mutallib, bapa saudara Nabi. 'Kuniyah' yang diberikan iaitu asy-Syafie berasal daripada nama atuk beliau. Ketekunan beliau menuntut ilmu membawanya menjelajah ke pelbagai negara sehingga akhirnya ke Mesir. Di Mesir, beliau akhirnya wafat akibat penyakit buasir pada tahun 608H/1212M. 

Tapak kaki Nabi Muhammad di hadapan Maqam Imam Syafie. Tak pandai nak cerita bab ini tapi InshaAllah kalau berkesempatan aku akan cari sumber yang betul dan tulis semula di dalam blog ini. Tetapi ada riwayat yang mengatakan, Nabi Muhammad menziarahi maqam Imam Syafie pada setiap hari Jumaat, selepas waktu Asar. Wallahua'lam.

Gambar berlatarbelakangkan maqam Imam Syafie dan tiang (yang dialihkan daripada mana tah, aku tak ingat la. Maaf) yang menjadi tempat Imam Syafie bersandar semasa menyampaikan pengajian beliau.

Kubah di atas maqam Imam Syafie. Dindingnya masih ada unsur klasik lagi,

Berdekatan maqam Imam Syafie terdapat maqam Imam Zakaria al-Ansari.

Pelan yang menunjukkan tempat menarik sekitar Masjid Imam Syafie. 


Sunday, February 14, 2016

Old Cairo and Its Charms!

.

5hb Feb hari tu kami 5 orang pergi merayau kat kawasan Coptic Cairo a.k.a Old Cairo. Dalam entri sebelum ini pun aku ada tulis pasal itinerary perbelanjaan dari 4hb Feb (malam) sampai 6hb Feb (pagi).

Jadi, semua kena faham la, maksud merayau itu apa. Merayau ini main redah je. Seriously, malam sebelum 4hb hari tu aku tanya Nawi (yang pakai spec mata tu), “Jom pergi Cairo!” Asalnya memang plan nak pergi Dreampark lepas geng Timah (yang kenit) dan Najwa (yang pakai spec) balik dari Hurghada, tapi sebab ada beberapa orang cakap Dreampark tak syok, so kami tukar plan nak pergi merayau keliling Coptic Cairo.

Tapi jangan risau, Dreampark masih dalam wishlist. Cuma tunggu duit masuk poket je dulu. Sekarang ni “Ma fish fulus daa..”

Sebelum itu, aku memang pasang angan-angan nak pergi jelajah Cairo. Banyak lah tempat nak pergi. Old Cairo, Islamic Cairo, Downtown dan lain-lain. Dah buat research sikit-sikit dah pasal Cairo. Kebetulan 7hb Feb nanti, Najwa dan aku ada ikut satu trip keliling Cairo juga (mostly cover Islamic Cairo part lah). Lepas itu aku pun cadang dekat Nawi, Iqbal dan Timah untuk pergi Coptic Cairo. Okay, semua setuju!

Malam 4hb tu Nawi, Iqbal dan aku bergerak ke Cairo betul-betul lepas aku habis meeting. Nampak sangat tak puas lagi bercuti ni. Jadi, dipendekkan cerita kitorang sampai Cairo dan menginap di ARMA, Abbasiyah.

Keesokannya, Timah & Najwa yang dah memang ada di Cairo tunggu kami 3 orang di Ramsis. Dari situ, kami naik metro (subway) ke Stesen Mar Girgis. Keluar-keluar dari stesen tu memang akan nampak Coptic Museum. Bayaran masuk LE30 untuk foreign student dengan syarat bawa kerneh (student ID card). Kawasan muzium tu luas gila!! Penat pusing 2 jam lebih tak jumpa-jumpa juga exit.

Dan sempat juga buat kawan Arab yang kerja di situ. Nama dia Khaled dan aku mula-mula nak tanya la kalau-kalau dia boleh terangkan sikit tentang Kristian. Tapi tak terang banyak pun sebab dia cakap dia Muslim. Cuma kalau ada lukisan tentang Nabi Ibrahim, dia akan cakap yang dalam pengkisahan Kristian, yang diperintahkan Tuhan untuk dikorbankan bukanlah Nabi Ismail, tetapi Nabi Ishaq. So, aku jadi lah translator depa 4 orang ini. Dah habis jadi translator, aku pula yang kena layan si Khaled ni berborak. Yang lain semua laju je ke depan tinggal aku seorang. Kuasamm!

Dan sempat juga Khaled menceritakan background mazhab-mazhab Kristian di Mesir. Ada 4 mazhab terbesar di Mesir iaitu Catholic, Orthodox, Protestant dan Coptic. Masing-masing ada cara ibadat tersendiri. Kata dia lagi, semua mazhab ni tak setuju atas sifat-sifat Jesus sama ada Jesus itu manusia biasa atau merupakan figur ketuhanan. Untuk mazhab Coptic, kebiasaannya kita akan lihat lukisan Jesus sahaja, sedangkan ada mazhab lain yang akan mengukir Jesus daripada batu. Itu antara perbezaannya.

Depan tangga The Hanging Church. Expert je boleh dapat angle terbaik macam ni. Kahh!
Interior part of The Hanging Church.


Hanging Church

Selesai 2 jam lebih di sana, kami keluar dan berjalan sedikit ke sebelah kiri. Di situ terdapat The Hanging Church (Kanisa El Muallaqa). Hari tu kami pergi sesak; penuh dengan manusia. Sebaik memasuki pintu masuk, ada dua jalan menuju ke tangga gereja. Kata orang, tangga gereja mempunyai 28 anak tangga. Kenapa diberi nama The Hanging Church adalah disebabkan terdapat 2 menara zaman Romawi di bawah gereja tersebut yang seolah-olah menaikkan gereja tersebut tinggi sedikit daripada tanah. Tapi bila kami pergi, tak nampak pun menara tersebut. Hehe.

Belakang tu St George Church. Belakang photographer ni ialah Virgin Mary Church.
Sekejap je kami di The Hanging Church, kemudian kami ke St George Church. Hanya perlu berjalan kaki sedikit sahaja dan akhirnya sampai di sana. Rupanya, gereja St George ni penuh dengan sejarah, tetapi kadang-kadang diselitkan juga unsur mitos. Pada abad ke-6 Masihi, ketika itu kawasan Timur Tengah terutamanya di Libya, Palestin, Lubnan dan Mesir di bawah kekuasaan Romawi. Ketika itu juga terdapat seekor naga yang menyerang kampung-kampung. Akhirnya, datang St George dan berjaya membunuh naga tersebut. Kemudian, St George ditabalkan sebagai penguasa. Kemudian, Maharaja Rom mengarahkan agar tentera Kristian dijadikan korban untuk Tuhan-tuhan Rom.

Tetapi St George enggan menurut perintah Maharaja. George ditangkap dan diseksa di bawah gereja ini. Hmm..entah lah. Banyak sangat version yang aku dengar. Kami pun sanggup tanya orang-orang di situ untuk terangkan mengenai St George. Jadinya, dengar sahaja boleh, tapi tak perlu lah nak percaya.

Interior part of St George Church.

Ni lukisan pada kubah St George Church.

Di sekeliling St George Church tu ada Virgin Mary Church, tetapi ketika kami pergi, gereja tu tutup. Jadi, ekspedisi kami habis awal. Maka kami bergerak ke Masjid Amr Al-As, masjid tertua di benua Afrika!


Berjalan kaki dari St George Church ke Masjid Amr Al-As tu agak jauh. Kita akan melalui pasar Fustat, di mana kawasan itu pernah menjadi kem tentera Amr Al-As sewaktu ekspedisinya membuka Mesir. Kawasan dalam masjid itu Mashaallah luasnya! Tenang sangat. Kalau baring tu dah boleh tidur agaknya. Jadinya, kawasan masjid tu tempat kami recharge tenaga setelah seharian berjalan. Malam nanti katanya nak makan hotplate di Hayyu Sabie’ pula.

Bergambar di depan Pasar Fustat. Tapak lamanya ialah kem tentera Amr Al-As.
Kawasan luar Masjid Amr Al-As. Meriah hari ini sebab hari Jumaat.


Luas kan kawasannya? Boleh main kejar-kejar.






Saturday, February 13, 2016

Itinerary: Coptic Cairo and Food Hunting

Pesan seorang abang senior yang baru grad, dia kata habiskan duit untuk travel dan buku. Katanya, nescaya bahagia hidup.

Tapi kalau aku, aku tambah satu lagi. Habiskan duit untuk makanan. Hoho.

Kalau travel, pengalaman yang dapat itu jauh lebih bernilai daripada duit yang dihabiskan. Kalau boleh dikatakan, travel ni sebagai satu bentuk pelaburan. Pengalaman yang kita kumpul itu juga yang menjadikan kita daripada seorang pendengar kepada seorang tukang cerita a.k.a storyteller.

Untuk buku memang tak dinafikanlah. Kepentingannya bertimbun sampai tak perlu aku sebut satu-satu. Kata Saidina Ali ra (kalau tak salah aku), ilmu itu menjaga tuannya, sedangkan harta itu tuan harta yang menjaganya.

Untuk makanan, emm aaa. Aku tiada alasan yang particular pun untuk sokong statement aku ni. Tapi bagi aku, hidup ini sekejap sangat. Walaupun kelazatan itu diintrepetasi oleh otak dan dirasakan lebih kurang 2 minit di lidah, tapi siapa yang terlepas, maka akan terlepas untuk merasai kenikmatan itu.

Aku juga belajar daripada seorang teman lama, kalau berkenaan rezeki ini jangan terlalu berkira. Apa yang kita dapat lebih, bersyukur dan belanjakan sebab Allah tak pernah berkira pun dengan kita.

Allah Allah. Ambil kau dah panjang aku membebel.

Sebenarnya entri ini untuk senarai itinerary aku sepanjang lawatan ke Coptic Cairo 5hb Feb hari tu. Mungkin boleh take note kat sini, sesiapa yang nak pergi berjalan-jalan lagi-lagi ke tempat bersejarah, pastikan korang dah buat research tentang sejarah tempat tu. Nama pun tempat bersejarah kan, kalau menonong je datang, memang blur la.

So, here’s the itinerary I prepared, eventhough it is quite expensive, but of course, the total expenses can be reduced. After all, it depends on the traveller itself.

Pengangkutan (4/2/2016)
Tremco dari Mansoura (Mauqaf Gidid) – LE15
Tremco Mauqaf Aboud – Ramsis - LE2
Metro dari Ramsis (Shohada’) – Abdou Pasha – LE1

Penginapan (4/2/2016)
ARMA (1 malam; dormitori) – LE3

Makanan (4/2/2016)
Snack – LE17 (yang ni over-expenses)

Pengangkutan (5/2/2016)
Metro dari Abdou Pasha – Ramsis – Margirgis – Ramsis - LE3
Tremco dari Ramsis - Hayyu Sabie’ - Ramsis -  LE6

Makanan (5/2/2016)
Breakfast (ARMA) – LE5
Lunch – tak lunch T.T
Dinner – LE12

Perbelanjaan Lain (5/2/2016)
Entrance Fee to Coptic Museum – LE30 (foreign student)
Mushrif orang Hayyu Sabie’-Abbasiyah-Hayyu Sabie’ – LE6
Bekam (plan last minit) – LE20 (sebenarnya boleh je nak bayar berapa2 pun, tapi common courtesy la)

Penginapan (5/2/2016)
Tumpang rumah member – FREE

Makanan (6/2/2016)
Breakfast – LE20 (sebab nak makan mee kungfu yeah!)

Pengangkutan (6/2/2016)
Tremco Hayyu Sabie’- Ramsis – LE3
Tremco ke Mansoura – LE18


TOTAL = LE161 (Mahal gilaa. Aku rasa sebab banyak sangat habis kat makanan. Haih, nafsu nafsu!!)


P/s: BTW, aku memang target habis LE150 untuk 3 hari. Hmm.

Wednesday, February 3, 2016

Jaulah Matruh-Siwa (Part 2)

Selalunya kita mendengar pepatah, “Kalau bukan kerana Nil, Mesir bukanlah apa-apa” tetapi kota Siwa telah terkecuali daripada pepatah ini kerana di sana tetap mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Pertamanya, peradaban di Siwa tidak bergantung langsung kepada sumber daripada Sungai Nil. Malah, peradaban di Siwa berdiri hasil daripada kesuburan oasis yang luas. 

Kedudukan Siwa dalam peta Mesir adalah di bahagian barat, sangat berhampiran dengan sempadan Mesir-Libya (masih dalam darah Marsa-Matrouh). Jaraknya dengan Cairo mungkin lebih kurang 700 km, pantas menjadikan Siwa sangat jauh daripada Perlembahan Nil. Siwa juga merupakan tapak gurun terbesar di dunia iaitu Gurun Sahara. Gurun Sahara pula dikongsi keluasannya antara 4 buah negara; Mesir, Libya, Maghribi dan Sudan.

Peta Kota Siwa.

Namun, kuasa Allah itu tidak diduga. Di tengah-tengah gurun yang terbentang, siapa sangka muncul mata air yang menyuburkan tanah. Di Siwa, oasis yang terbentuk bersumber daripada bawah tanah. Terdapat juga beberapa telaga mata air di Gurun Sahara yang panas dan sesetengah yang lain bersuhu sejuk.

Keduanya, kebudayaan di Siwa juga mempunyai nilai estetik tersendiri. Populasi di Siwa sekitar 30,000 jiwa dan kehidupan mereka masih jauh daripada arus modernisasi. Untuk membezakan antara wanita Siwa dan wanita luar, boleh tengok kepada cara mereka berpakaian. Wanita Siwa mengenakan jubah dari hujung rambut sehingga hujung kaki (literally), sampai mata pun tidak kelihatan.

Aktiviti masyarakat Siwa didominasi oleh kaum lelaki sahaja. Pada waktu pagi dan malam, sukar untuk ditemukan wanita Siwa berjalan-jalan di pasar. Kebiasaannya ditemukan wanita Siwa di kawasan kampung dan di atas teksi. Oh yaa, teksi di Siwa bukanlah seperti teksi kereta di Malaysia atau Cairo, tetapi teksi mereka adalah motosikal bertayar tiga, ataupun di kawasan Mesir yang lain dikenali sebagai Halawa.

Masyarakat di Siwa juga hidup bersuku-suku. Walaupun tidak ketara kehidupan bersuku-suku mereka tetapi aku boleh andaikan bahawa kehidupan di Siwa tidak lain seperti kehidupan di Negeri Sembilan. Mereka tetap menjunjung adat, kabilah dan suku mereka, tetapi mereka juga belajar untuk tinggal dan co-exist bersama-sama.

Majoriti suku di Siwa bukanlah berbangsa Arab (qibtiyyah; bangsa Firaun) mahupun bangsa Israel (bangsa nabi Musa), tetapi majoritinya berbangsa Siwi atau Barbar. Mother tongue di Siwa bukanlah Bahasa Arab tetapi Bahasa Siwi atau Barbar tetapi masyarakat mereka masih boleh berbahasa Arab, cuma kadang-kadang dialek yang mereka gunakan adalah dialek Syria (yang aku tahu dialek Syria la sebab diorang tanya “Shu ismak?” padahal di Mesir kebiasaannya guna “Ismak eh?”).

Penggunaan Bahasa Siwa sangatlah lain daripada Bahasa Arab. Sebagai contoh, di negeri lain, “Izayyak?” adalah ekspresi untuk bertanya “Apa khabar kamu?” Tetapi di Siwa, mereka menggunakan ekspresi “Mis Magarga’?” untuk tujuan yang sama. Perkataan ‘berjalan’ dalam bahasa Arab ialah ‘nim-syi’, tetapi di Siwa perkataan tersebut bertukar kepada ‘gan-feil’. Jadi, salah satu keunikan di Siwa adalah bahasanya. Elakkan lah bergaduh semasa membeli barang. Kalau tak, percuma je kena maki dalam Bahasa Siwi.

Untuk kegiatan ekonomi di Siwa, masyarakatnya bergantung kepada hasil bumi seperti garam, tamar dan zaitun. Oleh sebab itu, kota Siwa juga dikenali sebagai Jazirah Malah (semenanjung garam), Jazirah Balah (semenanjung kurma) dan Jazirah Fatnas (semenanjung zaitun).

Kota Siwa mempunyai Buhaira Malah (tasik garam) yang keluasannya mencecah 8x40 km persegi. Kebun-kebun di Siwa juga kaya dengan hasil kurma dan zaitun. Untuk memetik kurma yang fresh dari ladang, eloklah datang sewaktu musim panas kerana ketika itu musim kurma berbuah. Kalau pergi ke Siwa juga, jangan lupa borong kurma bersalut coklat dan kurma badam banyak-banyak. Nanti dah balik dari Siwa, menyesal kau sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Kiri dan kanan jalan ialah Buhaira Malah a.k.a tasik garam.

Ketiganya, di Siwa terdapat pelbagai tempat bersejarah yang menarik. Untuk aku, ciri-ciri sejarah yang ada pada sesuatu tempat itulah yang membuatkan ziarah itu lebih bermakna. Di samping menikmati pemandangan di negeri orang, dapat juga kita mengetahui serba-sedikit berkenaan tamadun dan peradaban dahulu.

Siwa terkenal dengan pusat persinggahan Cleopatra VII. Dikatakan di Siwa ini, Ratu Mesir tersebut sering berulang untuk mandi di telaga Cleopatra (Uyun Cleopatra). Dan di telaga tersebut juga, airnya kebiruan dan sangat jernih. Sumber telaga tersebut adalah daripada oasis Siwa dan kalau sesiapa yang pergi ke sana, kita boleh nampak buih-buih dari dasar telaga tersebut yang menunjukkan punca telaga itu. Masyarakat Siwa percaya, lelaki yang baru berkahwin digalakkan untuk mandi di telaga ini untuk maintain awet muda.

Bergambar kenangan di Uyun Cleopatra.

Uyun Cleopatra. Kalau tengok ke dalam telaga boleh nampak dasar. Jernih sangat airnya.


Sebelum ini di Matruh, kami berpeluang melawat Hamam (tandas) Cleopatra. Dikatakan dalam sejarah, air yang digunakan oleh Cleopatra untuk mandi di Hamam itu diangkut dari Siwa, iaitu daripada Uyun Cleopatra ini. Bayangkan khadam-khadam istana firaun suatu ketika dahulu, mengangkut air dari Uyun Cleopatra di Siwa, hingga ke Hamam Cleopatra (300km perjalanan). Agak-agak ada tak yang mati dalam perjalanan? Dah lah berjalan di tengah-tengah padang pasir.

Di Siwa juga ditemukan Jabal Mauta (Mountain of The Dead) sekitar tahun 1944 berikutan penjajahan Itali ke atas Mesir. Ketika itu, penduduk Siwa lari untuk menyelamatkan diri ke arah Jabal Mauta daripada serangan tentera Itali. Tanpa sengaja, penduduk Siwa menemukan ribuan mayat yang diawet (mumia) di dalam binaan seperti blok-blok bilik bawah tanah yang terdapat di kaki bukit Jabal Mauta. Hasil ekskavasi menemukan lebih banyak mayat-mayat yang diawet sehingga ke puncak bukit tersebut. Mayat-mayat yang dijumpai merupakan mayat bangsawan Mesir sewaktu Zaman Lama Mesir Purba.

Di Kaki bukit ada lubang tempat mumia bangsawan ditemui. Gambar ke arah barat.

Catatan Hieroglif saat perkahwinan Cleopatra dan Mark Anthony.

Kalau dilihat, di Jabal Mauta itu terdapat banyak lubang di kaki bukit yang menunjukkan hasil ekskavasi mayat dan mumia bangsawan Mesir Lama. Juga di sini terdapat muzium yang tersangatlah kecil dan percuma untuk melihat ukiran hieroglif seperti detik perkahwinan Cleopatra dan Mark Anthony.

Jabal Dakrour (Mountain of Reconciliation)

Satu lagi bukit yang mempunyai nilai sejarah ialah, Jabal Dakrour (Mountain of Reconciliation). Di sini menyaksikan dua peristiwa terbesar penduduk Siwa. Satunya ialah pertumpahan darah penduduk Siwa akibat peperangan antara suku di sini dan keduanya ialah termetrai perjanjian perdamaian antara 11 suku yang wujud di Siwa.

Sehingga 2011, setiap ketua suku di Siwa menggunakan Jabal Dakrour sebagai tempat bermesyuarat menyelesaikan masalah antara suku. Sebab itu, kadar jenayah di Siwa antara yang terendah kerana semangat hidup bersuku-suku mereka kuat. Pada waktu bulan Oktober mengambang setiap tahun, diadakan satu festival yang dinamakan ‘Siyaha Festival’ (bukan hari melawat, tetapi festival menuai) sebagai memperingati perjanjian perdamaian antara 11 suku yang tinggal di sana. Ketika festival itu, kesemua suku di Siwa (lebih kurang 3000 orang; lelaki sahaja) akan berkumpul di Jabal Dakrour.

Kemudian, antara tempat menarik di Siwa juga ialah Gurun Sahara. Sesiapa yang berkunjung ke sini, pastikan join off-road di Sahara, gurun terbesar di dunia. Dikatakan bahawa asalnya Gurun Sahara ini adalah bekas lautan kerana terdapat penemuan fosil ikan di tengah-tengah padang pasir. Tetapi kami tak sempat pergi ke tapak fosil kerana sibuk sandboarding; dari lepas Asar sampai ke Isyak. Hehe. 

Sandboarding kejap.

Walaupun bayaran untuk aktiviti off-road ini LE200 per person, tetapi boleh dikatakan worth it juga lah sebab pengalaman itu yang mahal.

Di gurun ini juga terdapat beberapa oasis atau mata air yang dilindungi dan tidak dilindungi. Mata air yang dilindungi menjadi tarikan pelancong dan diselenggara dengan baik. Manakala oasis yang tidak dilindungi, disekelilingnya ditumbuhi tumbuhan tetapi masih lagi mengekalkan pemandangan yang cantik dengan air yang masih jernih.

Di Bir Wahed (telaga pertama) a.k.a ‘Ain Sukhna (mata air panas), kawasan itu tidak lah sebesar mana tetapi pelancong yang datang mengambil kesempatan untuk mandi di sana. Suhu airnya suam dan dikatakan mempunyai kandungan belerang yang tinggi, baik untuk orang-orang yang menghidap penyakit kulit. Di Buhaira Baaridah (tasik sejuk), kawasannya sangat luas dan terbentuk daripada punca di Bir Wahed. Subhanallah sangat, di tasik itu terdapat anak ikan yang berenang. Cuba bayangkan bagaimana anak ikan itu terdapat di dalam kolam di tengah-tengah gurun? Sebab itu lah aku sarankan korang untuk datang ke Gurun Sahara, saksikan sendiri kekuasaan Allah yang Maha Pencipta.



Belakang tu oasis Buhaira Baaridah.

Ada satu lagi tempat yang menarik iaitu Shali Qodimah (Kota Lama Shali). Aku pun tak tau sangat sejarah di kota lama ini. Aku cuma tahu, kota lama ini sudah ada sekitar tahun 1500BC dan struktur binaan bangunannya adalah daripada komposisi tanah liat dan garam. Garam bertujuan untuk menguatkan dinding bangunan. Yang aku perhatikan, dinding di kota lama ini nipis je, tetapi masih utuh berdiri setelah beribu tahun dibina. Juga aku perhatikan, dinding bangunan di Siwa sekarang juga masih terpengaruh dengan seni bina menggunakan tanah liat dan garam.


Tinggalan Shali Qodimah.
Yang ni gambarnya diambil dari bukit pertama. Yang aku tunjuk tu bukit kedua dan luas Kota Lama Shali sampai ke sana.
Runtuhan Kota Lama Shali. Nipiskan dindingnya?

Fuhh. Penat dah tangan menaip panjang-panjang.


Mungkin daripada sekian panjang tulisan aku ini ada beberapa perkara yang boleh diambil manfaat, maka silakanlah mengambilnya. Dan untuk renungan kita semua, masa muda ini gunakanlah peluang untuk mengembara. Mengembara mencari ibrah di sebalik penciptaan makhluk serta mencari tanda-tanda kekuasaan Allah. Sesungguhnya dengan cara itu jua lah dapat meningkatkan keimanan kita kepada-Nya.

MAsjid Besar Siwa. Lighting tak lawa.