Friday, December 25, 2015

Abah

Apabila kita selalu bicara kebaikan seseorang, secara tak langsung perasaan sayang akan bertamu dalam hati. Sepertimana kita selalu bercerita kisah kehidupan Nabi Muhammad pada kawan-kawan dan kenalan, pasti diri kita tertarik dengan keelokan peribadi baginda meskipun tidak pernah bertemu mata. Juga apabila kta bercerita soal kebesaran Allah, tentunya akan merasa diri ini hina di sisi-Nya.

Begitu juga perihal Abah. Malam kelmarin aku keluar berdua bersama teman. Dalam panjang perbualan kami itu, kami bercerita tentang ayah kami masing-masing. Kawan aku itu mempunyai seorang ayah dan dua orang ibu. Dia dilahirkan bongsu dalam keluarga isteri pertama. Dia bercerita sisi pahit ibunya apabila dimadukan. Lanjut perbualan itu, akhirnya kata-kataku menyebut-nyebut kebaikan Abah aku. Satu-satu kenangan dengan Abah singgah dalam ingatan sehingga terbawa-bawa sebelum tidur.

Jujurnya, aku dengan Abah agak kekok berbual soal perasaan dan aktiviti harian aku. Topik itu biasanya dikendalikan Ummi dan hampir kesemua cerita tentang perasaan (stress dll) diceritakan kepada Ummi. Dengan Abah, selalunya kami berborak soal politik, ekonomi ataupun mengulas ustaz yang baru sebentar memberi ceramah di surau. Topik-topik yang memang dipandang berat oleh orang, selalunya aku dengan Abah dapat borak-borak dengan rancak terutamanya tentang politik.

Biasalah, Abah aku ‘hijau’. Hahaha.

Baiknya Abah adalah apabila aku dapat merasai keberadaannya di rumah. Dulu-dulu sewaktu aku kecil, Abah selalu ajak pergi surau. Aku pula anak sulung; kalau duduk rumah tiada orang nak diajak bermain. Eloklah pergi surau, ada ramai kawan. Lepas solat Maghrib, Abah ajar kami adik-beradik mengaji di rumah. Masa itu adik perempuan aku, Sarah pandai mengaji dan suara dia sedap. Aku ingat lagi, setiap kali pulang ke kampung Abah di Terengganu, Tok Ki dan Tok (Wan) puji bacaan al-Quran Sarah. Ada la sikit jealous tu. Hoho.

Abah ada kefahaman agama juga. Ummi kata, Abah sewaktu di universiti kurang bacaan mengajinya. Maksudnya, bacaan Abah tidak berapa lancar. Tapi yang pelik, Abah ajar kami semua daripada kecil mengaji al-Quran OK je. Memang lah tidak sempurna, mana ada manusia yang sempurna. Tapi, Abah pernah jadi imam terawih di surau kawasan Shah Alam kot. Shah Alam ini orangnya agak vokal. Wakil rakyat PKR datang surau pun boleh kena ‘bash’ sebab stesen bas Shah Alam masih kuno. Inikan pula kalau imam baca tak sedap, memang terus kena tukar imam. Apa-apa pun, aku rasa Abah berusaha keras untuk memperbaiki tajwid dan bacaannya. Barangkali sejak daripada universiti.

Selain didikan agama, aku agak kagum dengan Abah yang selalu tolong Ummi. Abah jarang masak di dapur. Sampai sekarang aku rasa memang Abah tak pandai masak (hehe). Tapi baiknya Abah, selepas Ummi masak, Abah akan basuh pinggan mangkuk. Setiap pagi sebelum pergi sekolah, Ummi buat sarapan dan Abah gosok (iron) baju. Setiap hari Ahad, Abah akan beli barang-barang basah buat bekal seminggu kemudian. Kadang-kadang Abah ajak aku ikut sekali. Katanya, aku kena kenal tempat biasa Abah beli ikan dan sayur. Aku pun kena pandai cakap loghat Terengganu, baru boleh dapat diskaun beli ikan di pasar. Haa, ini juga perangai Abah aku; kuat tawar-menawar. Kadang-kadang aku rasa, aku dah ikut perangai Abah kalau dalam bab tawar-menawar ini.

Abah pun kadang-kadang sweet juga. Ada satu hari, Ummi bawa balik bunga rosmah dari pejabat. Rupa-rupanya hadiah wedding anniversary. Abah dengan Ummi kahwin 13 Mei 1994 dan Abah pernah cakap “sebab itu asyik bergaduh je”. Tapi, sweet Abah jarang tunjuk di rumah. Aku cuma tahu yang sebenarnya Abah itu sweet tanpa bukti kukuh. Alaa yelaa, dah tolong basuh pinggan, gosok baju dan pergi pasar itu pun bukti juga.

Sebelum aku terbang ke Mesir, aku agak keberatan sebenarnya kerana memikirkan perbelanjaan sepanjang di Mesir yang akan Abah dan Ummi tanggung. Aku anak sulung dan di bawah aku masih ada lagi 4 orang adik yang bersekolah. Faktor kewangan itu menjadi kerisauan aku. Kerisauan itu aku tanyakan pada Abah beberapa minggu sebelum aku berangkat. Kata Abah, “Duit itu jangan risau. Abah bekerja memang untuk Syahmi dan adik-adik pun”. Sepatah ayat itu aku ingat buat jadi azimat.

Kadang-kadang kita kena sedar, tak semestinya kasih sayang seseorang kepada kita terzahir melalui kata-kata. Banyak aku belajar daripada Abah. Abah pesan, “Belajar betul-betul. Dah ada duit nanti bawa Ummi pergi jalan-jalan. Buat umrah ke”. Lama kemudian baru aku perasaan, sayangnya seorang Abah itu tidak terbatas. Boleh sahaja Abah minta untuk dibawanya berjalan dengan gaji pertama aku nanti, tetapi mungkin Abah lebih bahagia apabila anak-anaknya membahagiakan hidup Ummi mereka.

Aku percaya, masing-masing juga mempunyai ayah yang pelbagai ragamnya. Janganlah kita letakkan standard untuk ayah yang kita mahu. Ayah atau Abah yang kita sudah miliki ini sudah sepatutnya menjadi sebab yang kuat untuk kita bersyukur kepada Allah. Jangan banding-bandingkan ayah kita dengan ayah jiran umpamanya. Kita kena ingat, setiap manusia ada lebih, ada kurangnya; ada baik, ada buruknya.

Selama mana kita hidup, kita tidak akan pernah tahu penat Abah macam mana. Kita tak akan pernah tahu apa yang sering Abah fikirkan. Kita juga jarang tahu, berapa simpanan Abah dan apa yang dia makan sewaktu rehat tengah hari di tempat kerja. Kita perlu lama mentelaah baru kita dapat rasa kasih-sayang seorang ayah. Inipun selepas 20 tahun hidup, baru aku rasa besarnya sayang Abah kepada kami semua sehingga dapat kami sekeluarga menumpang berteduh di dalamnya.

Tulisan ini bukan mahu berbangga tentang seorang Abah yang Allah beri pinjam kepada aku. Tetapi tulisan ini lebih kepada seruan untuk bersyukur kerana berpeluang merasai kasih-sayang seorang Abah. Ada sesetengah daripada kita tidak mempunyai peluang yang sama. Kadang-kadang, ada juga yang tidak pernah menatap wajah ayah mereka melainkan melalui gambar-gambar yang dibingkai cantik.

Walau bagaimanapun, kita sebagai lelaki akan melalui pengalaman itu. Pengalaman sebagai suami dan bapa. Ketika tiba masa itu, aku tahu bahawa aku ada Abah sebagai contoh. Bagi sesiapa yang tidak berpeluang bersama ayah mereka, jangan bersedih, sekurang-kurangnya kalian masih ada Nabi Muhammad sebagai panduan. Baginda jualah contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.


Salam Maulidur Rasul.

Segala puji bagi Allah yang meminjamkan Abah.

Terima kasih Abah dan semua ayah di seluruh dunia.

Tuesday, December 22, 2015

Alternative Medicine in The Management of Hypertension

ABSTRACT
The purpose of this study is to have better understanding on how complementary and alternative medicine (CAM) give an impact in current medical practice especially in managing hypertension. It is important for us to firstly know the definition of alternative medicine, its classifications and which types of the complementary and alternative medical regime will affect the management of hypertension.
To be more objective in picking sources, I will include in this writing some of the criticism and comments about complementary and alternative medicine as a whole.
By the end of this essay, we will know how far the safety of the complementary and alternative medicine is justified.

Click here to go to the PDF file.


P/s: The study is for the essay assignment in Semester 3, Mansoura-Manchester Programme for Medical Education (2015)

Saturday, December 19, 2015

Seputar Perkongsian Abg Khairul Anwar Ismail (18/12/2015)

Catatan Perkongsian Abg Khairul Anwar Ismail
Naib Presiden ABIM
Bedah Buku: Radicals: Resistance And Protest in Colonial Malaya

Program last-last minute ABIM akhirnya jadi realiti. Terima kasih kepada penggerak-penggerak ABIM di Mansoura yang membawakan Abg Khairul Anwar sementara keberadaannya di Mesir. Orangnya hebat, berwawasan jauh, tak lokek berkongsi ilmu dan setia menjawab hadirin yang hadir. Kehadiran tak ramai tak apa, asalkan kualiti perbincangan tip-top meletop. Untuk sesetengah orang, program bedah buku tidak semuanya boleh menghadam. Aku sendiri tidak juga mampu menghadamkan segala isi dan mesej-mesej daripada buku ‘Radicals: Resistance And Protest in Colonial Malaya” secara menyeluruh. Tetapi, ternyata program-program sebegini pun mampu membangkitkan jiwa-jiwa yang lemah dengan menyuruh kita bermuhasabah melihat sejarah perjuangan orang-orang lama.

Program bermula pukul 7 malam dan aku hadir lambat ke perkumpulan di Academic Centre MM. Jadi, sedikit catatan telah aku buat seputar pembentangan Abg Khairul Anwar dan persoalan-persoalan daripada hadirin yang hadir.

Dalam buku yang dibedah telah mengangkat sosok tokoh pra-kemerdekaan Tanah Melayu, Dr. Burhanuddin al-Helmy. Diceritakan latar belakang Burhanuddin al-Helmy sebagai seorang yang mempunyai asas pendidikan agama yang kukuh. Belau menghafal Al-Quran sejak kecil. Beliau juga mempunyai latar pendidikan tinggi yang mengagumkan. Beliau mempunyai pHD dalam satu bidang dan seterusnya menyambung dalam ijazah doktor perubatan. Abg Khairul Anwar menunjukkan sisi pendidikan yang padu pada Dr Burhanuddin sehingga dapat membentuk sebuah kerangka kemerdekaan beliau, jauh lebih awal sebelum usaha kemerdekaan yang dimulai Tunku. Sepatutnya, orang-orang yang telah menyediakan asas kefahaman tentang kemerdekaan dalam masyarakat ini lah diberikan credit atas usaha-usaha mereka.

Seawal perbincangan ini, ditekankan perihal radikal yang positif dan tradisinya. Masyarakat dahulu menggunakan penulisan sebagai medium menyuarakan pandangan mereka. Radikal dari segi idea ini boleh kita kelaskan sebagai radikal yang positif. Ahli masyarakat lampau menulis komentar tentang pemikiran orang lain dalam penulisan. Sebagai contoh, Ibn Rushd memberi komentar terhdapa Tahafut al-Falasifah karya Imam Ghazali dengan menghasilkan karya beliau yang diberi nama Tahafut al-Tahafut. Tradisi ini akhirnya menguntungkan kita sebagai orang di zaman kemudian kerana kita boleh memahami kerangka pemikiran Imam Ghazali dan Ibnu Rushd.

Abg Khairul juga menyentuh tentang radikal yang positif ini pada zaman Burhanudin al-Helmy sekitar tahun 1930-an. Pada awalnya berlaku pertentangan idea antara Kaum Muda dan Kaum Tua. Pada waktu itu, masyarakat memandang Kaum Muda yang dipimpin Burhanudin al-Hemy sebagai kumpulan yang menyalahi adat dan radikal dalam tindakan. Masyarakat ketika itu tidak juga memandang mereka sebagai kumpulan yang progresif meskipun usaha-usaha mereka menuju kepada perubahan-perubahan rakyat bagi mempersiapkan diri melawan penjajah. Zaman berlalu dan akhirnya sejarah mencatatkan bahawa Kaum Muda telah berjaya menanam idea-idea progresif. Dari sini menunjukkan bagaimana idea yang radikal itu mampu menjadi progresif akhirnya.

Pemikiran Burhanudin al-Helmy mengenai kerosakan umat melayu hampir senada dengan apa yang dibawa oleh Prof Syed Naqib al-Attas dalam bukunya ‘Islam dan Sekularisme’. Dr Burhanudin menyebut beberapa punca kerosakan umat melayu. Antaranya ialah, kemunduran pemimpin. Masalah dalam umat melayu ini ialah, mereka yang bagus untuk memimpin tidak mahu memimpin dan akhirnya menyebabkan orang-orang jahil memegang kuasa pemerintahan. Punca yang lain ialah kemunduran ulama’. Sepatutnya ulama’ berperanan sebagai ejen perubah masyarakat. Dalam al-Quran juga disebut:
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar  kaumnya (yang keluar berperang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” (At-Taubah 9:122)
Menjadi fungsi ulama’ itu untuk memberi peringatan (inzar) kepada kaumnya. Melihatkan kepada realiti yang berlaku di seluruh dunia, baik di Malaysia ataupun Mesir, ulama’ masih belum berfungsi secara holistik dalam masyarakat. Kalau betul Al-Azhar menjadi pusat keilmuan Islam, mana mungkin sampah berterabur di kawasan sekitar; mana mungkin juga orang-orang Islam di situ sanggup membuang air kecil di dinding-dinding tempat awam sehingga menimbulkan bau yang tak menyenangkan. Ulama’ juga menjadi komponen yang menasihati pemerintah dan simbol perpaduan masyarakat.

Kemudian, Dr Burhanudin al-Helmy juga menyatakan perpecahan menjadi punca kerosakan umat manusia. Sejak zaman British, bangsa kita selalu bergaduh dan tidak bersama-sama. Blok Kaum Tua yang tidak boleh bekerjasama dalam hal ehwal masyarakat membuatkan bangsa kita ditindas penjajah. Dalam berbeza pendapat, paling penting untuk tidak mencemuh dan memperlekehkan usaha-usaha yang dilakukan kumpulan yang lain. Dalam sesi soal jawab juga disertakan pendapat Abg Khairul Anwar mengenai isu berbilang Jemaah atau persatuan. Contoh yang diberi ialah penubuhan kumpulan yang menjaga kebajikan gelandangan di Kuala Lumpur. Mana-mana kumpulan yang lebih besar dan sudah established tak perlu mengharapkan kumpulan yang memberi makan gelandangan untuk melakukan gerak kerja yang lebih besar. Sepatutnya, kumpulan yang lebih besar di Kuala Lumpur membantu kumpulan minor itu dari segi sumbangan tenaga kerja atau kewangan. Barulah semangat taadud dalam Jemaah itu dapat dirasai manisnya.

Selain itu, umat melayu sangat tinggi pergantungannya kepada bangsa penjajah dan asing. Abu Hassan al-Nadwi juga menyebut dalam buku beliau ‘Maza khasiral ‘alam bi inhitatil muslimin’ bahawa umat Islam secara keseluruhannya suka menjadi pengguna dalam rantaian ekonomi global. Hal ini lah menjadikan umat kita tidak pernah maju daripada bangsa asing.

Sebelum tidur pula sempat aku berkira-kira. 
Agak-agak kau nak ubah orang-orang sekeliling kau, kau sendiri pun belum berubah, Syahmi.

Mars vs. Venus (11/12/2015)

Kembali menulis setelah beberapa lama tawaquf. Sebenarnya, hari ini bangun-bangun pagi asyik terbersin. Mungkin alamat nak demam sempena musim sejuk. Alang-alang dah duduk terperap dalam bilik, hati rasa rugi pula kalau masa yang ada diisi dengan baring berbalut selimut dan saratoga. Jadi hari ini nak coret-coret sikit berkenaan perkongsian program yang telah berlangsung seminggu yang lepas.

Alhamdulillah program Mars vs Venus anjuran Exco Dakwah dan Tarbiah MedicMesir telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pada awalnya, aku hanya menjangkakan kehadiran lelaki ke program ini hanya sedikit; mungkin lebih kurang ¼ daripada jumlah peserta. Namun gayanya, kehadiran lelaki dan perempuan nampak seimbang.

Program membawakan penulis buku ‘Maryam Anak Syurga’, Kak Ruqayyah Farhani dan Abg Abdullah Mubarak (Alak). Masing-masing baru berumur 22 dan 23 tahun ye. Muda lagiii. Rezeki Allah aturkan buat mereka, sekarang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Marsya Farihah.

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Facebook, kisah Kak Ruqayyah dan Abg Alak sudah jadi viral. Ummi aku pun tahu cerita ini. Alkisah cabaran dalam perkahwinan Abg Alak dan Kak Ruqayyah serta kematian salah seorang daripada anak kembar mereka bernama Maryam Farihah. Anak kembar mereka lahir pra-matang dan dalam keadaan di mana Abg Alak masih meneruskan pengajian di Al-Azhar manakala Kak Ruqayyah terpisah di Malaysia. Nak tahu lebih-lebih, kena belilah buku Maryam Anak Syurga cetakan PTS. Masih panas, baru release bulan September 2015 hari tu.

Dalam program Mars vs Venus, aku menjadi moderator majlis. Program malam itu dipecahkan kepada 3 perbincangan teras. Yang pertama berkenaan buku Maryam Anak Syurga. Kami diceritakan serba ringkas mengenai catatan kehidupan Abg Alak dan Kak Ruqayyah yang dibukukan. Menariknya, catatan-catatan mereka diinspirasikan daripada naqib Abg Alak yang menyuruh untuk dicatat peristiwa sepanjang pengajian di Mesir. Lagi menurut Abg Alak, catatan yang dibuat selepas sesuatu peristiwa lagi mendalam makna dan penghayatannya kalau disbanding catatan yang dibuat selepas beberapa ketika. Kadang-kadang tak semua perincian dapat kita ingat semula.

Yang kedua, perbincangan tertumpu kepada aspek pergaulan lelaki dan perempuan. Kalau bahasa islamiknya ikhwah dan akhawat. Perkongsian daripada Abg Alak dan Kak Ruqayyah sangat cermat dan cantik dalam menyusun kata. Menurut mereka, tajuk mengenai ikhtilat ini sensitif lagi-lagi di Mesir. Asas kepada ikhtilat itu rapuh dan subjektif bergantung kepada individu. Apa-apa pun persoalan mengenai ikhtilat akhirnya berbalik kepada individu itu sendiri. Itu sebab sepanjang perbincangan berjalan, mereka sangat menekankan nilai iman dan taqwa.

Sekali-sekali disentuh oleh Kak Ruqayyah mengenai sifat malu yang lahir daripada iman dan taqwa yang mantap kepada Allah. Daripada ketiga-tiga sifat ini, terbinalah pagar yang akan menjadi pemisah daripada terjerumus ke dalam iktilat. Kemudian aku tersentak sekejap apabila dikatakan, untuk terjebak atau menjauh daripada ikhtilat bergantung kepada prinsip masing-masing. Aku juga menambah di akhir pusingan ini, prinsip yang ada dalam diri individu adalah berdasarkan kefahaman seseorang. Satu orang tidak boleh meletakkan standard prinsip untuk diikuti oleh orang lain. Berdasarkan kefahaman dan melalui pengkajian, barulah akan terbit prinsip yang kukuh. Yang paling penting, setiap prinsip yang tumbuh itu harus dipandu dengan wahyu dan iman. Oke, silent moment untuk masing-masing tepuk dada tanya iman deh.

Dalam pusingan ketiga, perbincangan menjerumus kepada pengurusan rumah tangga. Haha, ini paling menarik la agaknya. Sebab itu aku memang jangka penyertaan perempuan lagi ramai daripada lelaki. Bila bab kahwin awal dan baitul muslim ini, kebanyakan lelaki tak berapa minat, termasuklah aku. Jadi, aku cadangkan kepada penganjur untuk membawa konsep yang menyanggah teori-teori fantasi sebelum kahwin. Sepanjang pusingan ini, Abg Alak dan Kak Ruqayyah selalu sebut mengenai cabaran-cabaran selepas kahwin.

Sewaktu mendapat perkhabaran bahawa Kak Ruqayyah mengandung anak kembar, mereka membayangkan keindahan membesarkan kedua-dua bakal anak kembar mereka. Tetapi, Allah lebih sayangkan Maryam dan diambil semula Maryam yang telah dipinjamkan seketika buat Kak Ruqayyah. Ketika ini, hadirin semua senyap seribu bahasa apabila mendengar sendiri cerita daripada empunya badan. Berat bagi sesiapa yang menanggung bebanan itu. Kita yang belum merasa hamper-hampir menitiskan air mata.

Namun kata Abg Alak dan kak Ruqayyah, hidup sebagai hamba, kita kena selalu mencari hikmah di sebalik setiap musibah. Pada saat musibah hadir, kita mungkin tidak mengerti perancangan Allah. Tetapi beberapa lama kemudian, setelah kita menjumpai hikmah yang tersembunyi, baru kita sedar betapa lemah sangat kita ini dan terbatas pengetahuan kita. Dalam kisah kematian Maryam itu, barulah mereka faham yang sebenarnya mungkin sahaja Maryam pergi kerana Abg Alak dan Kak Ruqayyah masih belum bersedia. Anak yang seorang mahu dijaga pun sudah tidak tidur malam, inikan pula anak kembar yang tanggungjawabnya sudah tentu berkali-kali lebih berat.

Masuk pula bab pengurusan kewangan. Bab ini memang menjadi minat kaum lelaki pula kerana secara psikologinya, lelaki terutamanya aku tak suka sangat nak layan-layan isu berkaitan jodoh. Lelaki kalau ada program berkenaan praktikal survival untuk kehidupan mesti akan ramai. Discourse mengenai intelektual kebanyakannya lelaki juga yang hadir. Tetapi pesan penl, jangan pandang sebelah mata ilmu-ilmu pra-perkahwinan ini. Apa-apa pun berbalik kepada hikmah, mesti kita akan perasan betapa seimbang dan indahnya Allah ciptakan penghuni bumi yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Walaupun berbeza pola pemikiran, tetap kedua-duanya diciptakan Allah untuk mengisi kelemahan masing-masing.

Pengurusan kewangan ini adalah perkongsian Abg Alak yang juga minat dalam bidang perniagaan. Perniagaan kereta sewa beliau diuruskan seorang kawan di Malaysia. Terlalu banyak praktikal dan teknik-teknik yang diajarkan kepada yang hadir. Ah, rugi kalau tak datang. Hehe. Kemudian, sempat juga Abg Alak kata dalam perkongsian beliau bahawa, kadang-kadang si lelaki terlalu risau bab kewangan sehingga lupa yang persediaan diri sendiri adalah jauh lebih penting. Sempurnakan amal fardhi dahulu sebelum melangkah ke alam rumahtangga.

Ouch, kan dah kena sebiji. xP



P/s: Selepas 8 hari baru lah berkesempatan menulis catatan mengenai program ini. Yang baik itu datang daripada Allah.


Tuesday, December 1, 2015

Sinopsis Di Bawah Lindungan Ka'bah

Buya Hamka telah menggarap dengan cermat dan halus kisah seorang pemuda yang hidupnya tidak beruntung dalam novel Di Bawah Lindungan Ka’bah. Pemuda bernama Hamid hidup melarat bersama ibunda yang sudah lanjut usianya sejak berumur 4 tahun. Setelah kematian ayahandanya, mereka hidup bergantung harap dengan orang kaya negeri Padang, Tuan Haji Ja’afar. Sedari itu, tertunai cita-cita arwah ayahanda Hamid mahu melihat Hamid disekolahkan, menjadi orang terpandai berilmu pengetahuan.

Bermula dari situ juga, Hamid berkenal-kenalan dengan suri hidup Tuan Haji Ja’afar dan Mak Asiah yang bernama Zainab. Menurut adat keturunan Haji Ja’afar, setelah tamat diploma, anak perempuannya haruslah menjadi pingitan; terpisah daripada pandangan ajnabi yang lain. Hamid pula memilih jalan mahu mendalami agama di Padang Panjang dan Bukit Tinggi. Dek kerana itu, terputuslah hubungan Hamid dan Zainab hampir setahun lamanya.

Beberapa lama kemudian, khabar buruk datang menyinggah. Kematian Haji Ja’afar menggemparkan seluruh negeri. Bertimpa-timpa pula musibah yang hadir apabila ibunda Hamid meninggalkan dunia yang fana ini, namun sempat beliau berpesan kepada Hamid bahawasanya sungguh jauh beza darjat ‘orang kebanyakan’ dengan ‘cabang atas’ seperti beza emas dengan loyang. Kerabat dan kemenakan Haji Ja’afar dari Medan pula menyatakan hasrat mahu menyunting Zainab. Melihat kepada keakraban Hamid dan Zainab ketika zaman kecil mereka, maka Mak Asiah meminta pertolongan daripada Hamid untuk melunakkan hati Zainab untuk bersuami tetapi usaha tersebut tidak berhasil.

Maka berangkatlah Hamid menjelahi samudra luas kerana bimbang hatinya akan tertaut kepada keelokan budi Zainab sehingga akhirnya sampai beliau di Mekah. Setahun berlalu dan seorang sahabat sekampung Hamid tiba di Mekah untuk menunaikan haji. Sahabat yang bernama Saleh menyampaikan berita-berita daripada isterinya, Rosnah yang merupakan sahabat karib Zainab. Rupa-rupanya, meskipun bertahun ditinggalkan Hamid tanpa sebarang berita, Zainab masih lagi menaruh cintanya kepada Hamid. Maka ketahuilah akan Hamid bahawa cintanya kepada Zainab berbalas tetapi alangkah malangnya perasaan kedua-dua mereka. Walaupun perasaan mereka bersatu, namun jasad mereka terpisah beribu batu.

Tanggal kelapan Muharam, Hamid jatuh sakit diikuti pula Zainab di Padang. Hamid demikian berhasil menyempurnakan ibadah wuquf, jamrah dan mabit di Mina. Sekembalinya ke Mekah, surat daripada Rosnah tiba, mengatakan sudah bercerai jiwa Zainab dengan dunia. Saleh pada awalnya agak berat melepaskan berita kepada Hamid mengenai pemergian Zainab tetapi akhirnya diberitahu juga. Dengan segera Hamid menyuruh Arab Badwi memandunya ke multazam dan melekatkan dirinya pada kiswah Ka’bah. Di bawah lindungan Ka’bah, Hamid menyusuli Zainab menuju Penciptanya.

Sunday, November 29, 2015

Masih Awal & Belum Terlambat

Awal pagi ini terjaga lagi. Kata orang, bila terjaga pada detik sebelum subuh, ini tanda Allah mahu mengejutkan kita. Setelah beberapa siri dan beberapa hari dikejutkan, ini kali pertama terasa ringan badan untuk mengangkat wudhu' dan membentang sejadah. Selama ini, biar dikejut sebelum subuh, diri tetap melekat pada skrin smartphone sehingga habis waktu mustajab doa dambaan pencinta Tuhan.

Hari ini lain. Boleh rasa kelainannya. Terjaga dari tidur 2-3 minit sebelum alarm berbunyi. Berdiri, ruku' dan sujud merendah diri kepada Penguasa Alam. Merasa hina diri ini setelah sekian lama sombong dan angkuh dalam kehidupan. Meskipun aku tahu, betapa banyak dosa aku yang dikumpul, namun diri masih enggan untuk akui silap dan salah masa lalu.

Usai menghinakan diri, aku mencapai Kalam Tuhan. Kitab ini juga aku terbiarkan di sudut meja. Mungkin sesekali berubah tempat dan kubaca, tapi bahagiannya masih sedikit jika dibandingkan dengan buku-buku pelajaran yang bertimbun banyaknya. Kalau aku sendiri menjadi Tuhan "Buku pelajaran boleh ditelaah, Kitab Aku sendiri seminggu sekali untuk dibelek pun liat".  Namun aku tahu, pencipta rasa kasih mana mungkin terbatas rahmat dan ihsan-Nya. Atas sebab inilah aku rasa, aku dibenar dan diizin untuk hidup. Untuk bertaubat dan kembali.

Sentak aku ketika membaca ayat 105 Surah An-Nisa'. perihal perbuatan nabi yang hampir membela perlakuan khianat Tu'mah terhadap Yahudi lalu ditegur terus oleh Allah. Lagi sentak bila sampai ayat 109 dan 110 seolah-olah merasa ditegur juga oleh-Nya:

"Sedarlah! Kamu berdebat untuk (membela) mereka dalam kehidupan dunia ini, tetapi siapa yang akan menentang Allah untuk (membela) mereka pada hari Kiamat? Atau siapakah yang menjadi pelindung mereka (terhadap azab Allah)? 

Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

Diri ini merasa, atas berapa banyak nikmat yang diberi Allah dalam bentuk bicara yang petah, berapa kali pula aku gunakan untuk kebaikan? Mungkin aku boleh berdebat dan mematahkan hujah manusia, tetapi aku tak pernah ingat, di akhirat nanti, aku dan kita sendiri dikunci bicara. Namun Allah tetap memberikan harapan. Atas segenap dosa kita yang menggunung, masih ada sinar ampunan buat manusia yang mahu kembali. Kerana Dia lah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Banyak-banyakkan memohon hidayah dan taufik yang berterusan. Selama ini, beberapa kali aku tersungkur dalam lubang maksiat yang sama. Kemudian meminta untuk diampuni. Kemudian tersungkur lagi sehingga hampir-hampir putus asa daripada ampunan Allah. Mungkin hari ini aku sedar, aku selalu memohon diampunkan dosa tetapi terlupa memohon agar ditetapkan hati dalam iman dan jalan kebenaran. Hidayah dan taufik dari Allah jualah yang memandu hidup kita, yang menetapkan hati supaya teguh dan tidak tersungkur untuk kesekian kalinya.

Thursday, November 26, 2015

Kopi-ku


Aku pernah sekali skip minum kopi 2 minggu lebih. Memang masa tu depressed tak pasal-pasal. Malaise, fatigue je memanjang. Tapi lepas minum, ambik kau kena tachycardia (heart beat laju), berpeluh, polyuria (nak ke tandas setiap masa) dan dalam masa yang sama, aku jadi rajin kemas bilik yang bersepah. Alih-alih perabot, kemas meja study, lipat baju dan basuh baju. So, video kat atas ini memang betul. Lepas ini aku ingat nak beli la gula-gula kopiko buat stok. 

My emergency capsule during acute malaise attack and during stress.

:)

Budaya Masa Orang Kita

Janji dan masa ni bersangkutan. Kita berjanji atas pelbagai urusan. Misalnya mahu bertemu mengikut masa sekian-sekian.

Bab janji dan masa ini aku ikut perangai ummi sendiri. Sekali cakap A, benda A itu yang ummi buat. Dulu-dulu di asrama, 2 minggu sekali boleh balik bermalam. Setiap 2 minggu juga ummi jemput. Ada sekali aku lupa bagi tahu ummi yang minggu tu tak boleh balik, ummi tunggu juga depan pintu asrama. Merasa la kena piat telinga dan dengar bebel-bebel ummi. Hehe.

Dibesarkan semacam itu, cara aku pun sama dengan ummi. Kadang-kadang malas nak cakap banyak kali; contohnya, "Kita meeting pukul 3 ptg di uni". 3 petang aku usaha untuk ada di tempat meeting. "Pukul 3.15 aku bawah rumah kau". Pukul 3.15 juga aku dah berdiri depan pintu. Tak perlu telefon atau whatsapp kata dah sampai rumah. Faham-faham sendiri.

Aku sangat hargai orang yang menjaga masa dalam berjanji. Kalau kau dah tepati janji dan jaga masa aku walau sekali, lepas itu aku mesti cuba untuk penuhi janji aku dan jaga masa kau juga. Tapi kalau sesiapa perasan yang aku tak jaga masa dan janji kau, maaf lah, mungkin itu tandanya janji kau kurang prioriti. Mungkin ada sejarah yang kau pernah kacau masa aku. Atau kau mangsa pukul rata aku sebab kesalahan geng-geng kau (yang ni buruknya aku).

Memangnya, aku ini jenis malas menunggu. Aku rasa, masing-masing ada masa yang perlu dijaga. Benda ini pun aku harap jadi amalan dan budaya kita. Tak sedap lah bila 'janji melayu' selalu dikaitkan dengan sikap negatif kita, orang melayu yang tak pandai urus masa.

Tulisan ini mungkin nampak poyo dan terpulanglah apa orang nak kata. Yang penting, semua yang buruk-buruk tu kita tinggalkan. Install calendar atau what-to-do list dalam smartphone. Kalau tak cukup space, buang la apa-apa jenis game yang mengarut tu. Prihatin dengan masa sendiri dan masa orang lain. Mahu pula tiba-tiba orang yang kita 'aniaya' masanya tak redha, apa alasan kita?

p/s: maaf ambil masa semua yang membaca. Sorry.

Monday, November 23, 2015

The home, I miss

The scariest thing that comes across my mind before any flight journey is the ultimate boredom where you are gonna sit in the limited space of yours, searching through lists of old movies you've already watched but you find nothing of your interest. Ever since, I will definitely bring along a book I'm currently reading and read them onboard.

But the journey today was not disappointing. I was flying with Emirates and it was great indeed. There were a lots of new released movies on the list. And yeah, I picked Ant-man and Inside Out. The point is, I made a bad choice though watching Inside out. It is not that bad bad, but I hate it when I cried through the last part of the movie. I bet you all gonna cry too. Of course, the moment when Riley try to run away but then she returned home again really touched my deepest emotion. I just felt that it really reflects on me. I'm on my flight to Egypt, going far away from my family and that thing hit me really hard.

How do I say this? Perhaps I'm already missing home, Ummi and Abah. However, Inside Out just taught us a thing. In pursuit of happiness, you won't have a purely 100% happy moment in an event. The combination of different different kind of emotions in one event that makes the particular event precious.

Like Joy said, "It's because Sadness, Riley become happy". It is because of losing something, we know how to miss them. And what makes us a human is the complexity of emotions we all have.

30/09/2015

Wednesday, November 18, 2015

The Kite Runner: Graphic Novel

The illustrated version of the novel ‘The Kite Runner’ written by Khaled Hosseini is a graphic picture of a life of a man named Amir. The story starts in Kabul, Afghanistan during 1970s until 29 years later. In the timeline of his life, he develops a tight and strong friendship with the son of his house servant, Hassan. They spend time together flying kite with the neighbourhood but later separate their own way. It is because Amir is ashamed that he is not capable of repaying Hassan’s loyalty and kindness, so he throws Hassan away from his life by accusing him of stealing things from the house. Then, during the invasion of Soviets in 1979, Amir flees to Pakistan with his Baba and later start a whole new life in California, USA.

29 years later, Amir lives his adulthood with the love of his life, Soraya. They get married and a month later, Baba is dead. One day, he receives a phone calls from Pakistan. It is Uncle Rahim Khan, Baba’s old best friend who requests a favour from Amir. He asks Amir to look for and take a good care of Sohrab, Hassan’s son who live as an orphan in Afghanistan. Afghanistan is a country ruled by Taliban. Because the guilt for Hassan is still inside Amir, he risks his life to go and look for Sohrab. There have been a lot of obstacles and challenges to bring back Sohrab to USA. Long story short, Sohrab is brought back to Amir’s home and finally, he gradually becomes a significant part of Amir.

The writer tries his best to bring up two categories of human, generally. One are those who value their friendship by portraying loyalty and ‘ithar’ while the other one are those who are blindfolded with money and power.

Hassan is the figure in showing a quality friendship value. Even though Hassan is considered as a Hazara, which is a low class local of a minority Shi’a ethnic, Amir always love him as a brother. Hassan is the one who runs over a loose kite for Amir. Plus, Amir also willingly goes to Kabul in search of Sohrab so he could take care of his best old friend’s son. Until the end, it is Amir who taking care of Sohrab as his own children.

On the other hand, the scene of this story is based on political instability and wars to show how greed human can be when it comes to power. Local ministers of Afghanistan are struggling among themselves to stay in power. Soviet army invades Afghanistan to wipe out all of its sources. Then, the worst part is when the religion nowadays is used to justify any wrongdoings did by a cult. It can be seen in the role of Taliban which is hiding behind ‘holy jihad’ slogan, but at the same time, keeping Sohrab and other boys to please their lust.

Surely, there is more to be told about this fascinating book. Believe it or not, this novel ‘The Kite Runner: Graphic Novel’ was able to keep me engaged in reading it for 5 hours; non-stop. It is simply because of the plot that keeps growing with touchy-feely chapter that perfectly ends this book.


p/s: transcript of this review is written for PCM based on 'The Kite Runner: Graphic Novel' illustrated by Fabio Celoni and Mirka Andolfo

Tuesday, November 10, 2015

Faham Tujuan

Suatu ketika aku pernah berselisih pandangan dengan seorang senior. Dia seronok sangat cerita berkenaan persatuan pelajar dia sampai terlupa dia ada ‘cuit’ isu sensitif tentang persatuan-persatuan lain. Untuk makluman, aku sambung belajar di Mesir dengan agent yang uruskan urusan kami di sini. Panas juga bila dia tanya aku, “Kerja untuk uruskan pelajar sesama agent, apa yang kau dapat?” 

Dan memang dah jadi fakta, agent aku di Mesir ada sediakan kelas tusyen yang diajar senior kepada tahun 1, 2 dan 3. Aku tahun lepas pula menjadi ketua batch untuk agent, bukan untuk satu batch pelajar Malaysia. Itu yang dia bengang kot sebab kalau setakat kelas tusyen, persatuan pelajar pun ada buat kelas tusyen dari senior. Kalau dah ada satu, buat apa nak ada yang lain (mungkin ini lah yang ada dalam kepala dia).

Tapi alkisahnya, senior tadi persoalkan “Kau kerja untuk syarikat agent. Sepatutnya kau dibayar gaji lah.” Aku dah ‘the fish’ senior tu dalam hati. Kau jangan. Aku nampak je muka macam suci, tapi bila dah benci, hati aku mencarut tak henti tau. Masa dia persoalkan benda itu, aku tak lah sentap sangat. Cuma aku pelik, “Kau pahal?”

Aku faham. Dia pun ada point yang dia nak bawa. Katanya, tengok hadaf atau tujuan persatuan itu. Kalau dah persatuan itu untuk kebajikan pelajar, memang sah-sah lah tak dibayar upah. Kalau persatuan itu bawah syarikat korporat, minta lah upah atas kerja kau menaikkan publisiti syarikat tersebut. Aku tak setuju dengan point yang kedua ini. Manfaat yang kau dapat tak semestinya hanya melalui duit semata-mata. Kadang-kadang kita merasa cukup untuk membantu komuniti kita sendiri bukan atas dasar duit. Biarlah orang nak kata aku bekerja untuk syarikat korporat itu tak dibayar gaji macam kuli. Dah itu memang pilihan aku dan aku selesa dengan pilihan ini.

Pendapat aku dalam berhujah, kau tak perlu nak bawa isu ‘perjuangan tanpa manhaj’ atau ‘kuasa mahasiswa’. Meminta upah atas kerja kau atas dasar hak pekerja untuk mendapat upah itu bukan menunjukkan seorang mahasiswa itu ada kuasa. Itu merendahkan martabat kau sebagai pekerja sahaja. Atau kau bekerja tanpa dibayar satu sen pun, itu menjadikan kau hamba. 

Apa yang menjadikan mahasiswa itu mahasiswa ialah idealisme yang kau bawa dalam apa jua jenis persatuan yang kau sertai. Kemampuan mahasiswa untuk mencerap arahan dan bertindak atas kefahaman adalah pemandu gerak kerja mahasiswa. Tak kisah lah kau kerja dengan persatuan kebajikan pelajar atau agent syarikat, apa pembawaan kau dalam gerak kerja itu yang penting. Kerja bodoh-bodoh ikut arahan orang atasan sama macam lembu ikut kata pengembala. Kerja susah-susah sebab duit dan upah sama macam anjing; dah bagi tulang masih menjelir lidah. 

Yang penting jangan taksub. Gerak kerja lain-lain, tapi biar toleransi itu ada.


Piala Debat Duta Besar Malaysia 2015

Akhirnya, aku tak sangka hasil penat lelah, ulang alik praktis debat akhirnya dapat juga ‘title’ johan debat Piala Duta Besar Malaysia anjuran Kelab UMNO Luar Negara. Pertandingan bermula pada petang 5/11 di Convention Centre, Alexandria.

Banyak benda kalau nak diceritakan. Dari dalam bas menuju ke Alexandria sendiri pun dah sesat masuk perkampungan Arab, gosip-gosip dalam bas, tersasul-sasul tanya Arab Alex di mana Syari’ Cesorestres (ze-zo-zes-stres), sampai di bangunan MARA; nasi dah habis dan banyak lagi. Apa-apa pun, semua momen perjalanan memang jadi kenangan.

Sepanjang perlawanan debat, memang jujur kami kata, team kami sangat bernasib baik. Kalau menang, menang tipis. Sehingga  ke separuh akhir, laluan ke final memang Allah mudahkan (kena bersyukur banyak-banyak).

Dalam 3 hari pertandingan, benda yang paling aku terkesan ialah nostalgia debat UIA (IDC 2012). Anjuran program gempak, barisan AJK ohsem, penempatan bebas-suka-hati-nak-duduk-mana (walaupun ada penempatan disediakan kt rumah Sabah & Bangunan MARA). Rasa seronok pulak pakai kemeja + blazer naik teksi pergi ke Convention Centre untuk semi-final hari Sabtu (7/11). Macam dah gaya kehidupan di Manhattan, NY weh.

Antara usul yang dibahaskan:

Peringkat Kelayakan
Tema: Alam Sekitar -- Usul: Projek Mega Memusnahkan Masa Depan Anak-anak (Kerajaan)
Tema: Kepenggunaan -- Usul: Wanita Tidak Perlu Bekerja (Pembangkang)
Tema: Humor – Usul: Siti Nurhaliza Lebih Merdu Daripada Kris Dayanti (Pembangkang)
Tema: Ekonomi: -- Usul: Geopolitik Senjata Utama Ekonomi (Kerajaan)

Peringkat Suku Akhir
Tema: Sosial / Pendidikan – Usul: Pendidikan Percuma Memundurkan Negara (Kerajaan)

Peringkat Separuh Akhir
Tema: Politik – Usul: Amalan Meritokrasi: Kita Belum Bersedia (Kerajaan)

Peringkat Akhir
Tema: Global – Usul: Wawasan 2020: Bagai Menggapai Bintang Di Langit (Kerajaan)

Pukul 3 petang majlis penutup berlangsung yang dihadiri Ustaz Saufi, wakil MARA. Sebelum pengumuman johan dan naib johan, aku dah rasa macam dah tak boleh menang peringkat final sebab penghujahan aku macam fail. Tapi apabila ketua juri umum “Usul diterima” memang menjerit la kami. Keluar juga suara pondan aku, selama ini debat suara kasar garau tak pernah pulak keluar suara pondan. Lepas habis majlis, kami jumpa juri. Margn 4-3 berpihak kepada kami sebab konsep kami kuat dan konsisten. Lepas itu pula memang penggulungan Apai power nak mampos.

Secara keseluruhan, aku memang akan sokong program-program macam ini kalau nak diadakan lagi di Mesir. Paling kurang, ini lah usaha pertama untuk mengumpulkan semua muhafazah untuk bertanding bawah satu bumbung yang sama bagi menjunjung perdebatan yang sihat.

Kalau setakat ‘keyboard warrior’, nenek saya pun boleh Yang Berhormat.




P/s: baru hari ni la ada internet. Itu yang update lambat sikit.

Sunday, November 1, 2015

Antara Dua Dosa

Couple dan mengumpat, kedua-duanya adalah dosa. Kita tidak boleh nafikan. Dalam hidup bermasyarakat, kita sering melihat dunia berdasarkan sisi pandang pihak kita. Dalam bab dosa-pahala juga begitu. Bukanlah nak memburukkan mana-mana pihak, tapi kita sering lupa yang kita sendiri selalu juga berbuat dosa tanpa sedar.

Aku sedar, bukan bidang aku berbicara soal hukum. Cuma melalui pemerhatian, kekadang aku sedih bila manusia lihat kejahatan dalam skop yang sempit. Kekadang manusia lihat kejahatan pada orang lain; bukan pada dirinya. Contoh yang paling dekat dengan kita, isu couple. Masalah sosial lelaki dan perempuan yang tak pernah akan habis selagi mana nafsu itu wujud. Kerana kemampuan manusia mengekang nafsu masing-masing itu berbeza. Yang punya kefahaman agama, nafsunya tertambat dan yang kurang kefahamannya pula nafsunya meliar.

Umum tahu, berpacaran itu dosa. Sesetengah ulama’ pula mengharamkan apa jua jalan yang menuju zina atas dasar mahu menutup pintu kejahatan. Berdasarkan ayat, “..dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia buruk dan adalah seburuk-buruk jalan.”

Namun, dalam menghukum sesuatu ke atas orang lain, perlu juga untuk refleksi pada diri.

Mengumpat juga berkongsi tahap dosa yang sama seperti orang-orang yang mendekati zina. Menceritakan aib atau sesuatu perkara berkenaan saudara Muslim yang lain tanpa relanya adalah perkara munkar yang ditegah oleh nabi S.A.W. Dalam hadis nabi diriwayatkan bahawa orang yang mengumpat disamakan seperti memakan daging saudaranya sendiri.

Melihatkan kedua-dua hal ini, aku hairan sikap setengah-setengah manusia yang membenci satu dosa tetapi membiarkan dirinya terpalit dosa yang lain. Membenci 2 manusia yang berpacaran secara terbuka lalu menceritakan hal-hal dosa 2 manusia tersebut tanpa hak. Ini bukanlah maksud kebenaran. Kebenaran tidak menuntut kita menceritakan dosa manusia lain tanpa hak atau sebab-sebab yang dibenarkan. Kebenaran atau hak itu menyanggahi kebatilan dan dosa. Kebenaran itu selari dengan nilai moral atau manusiawi dari sudut pandang agama dan masyarakat.

Perkara ini perlu diubah. Manusia perlu berubah. Teguran buat para da’ie harus menjadi asas dalam perlakuan sehari-hari. Masyarakat yang harmoni dapat menerima baik buruk individu lain. Seperti kehidupan suami isteri, baik buruk keduanya tidak boleh lari. Persoalannya berbalik kepada cara mengurus kekurangan pihak lain.

Dunia perlu kepada teguran membina dan lebih ramai manusia yang mempunyai nilai moral yang tinggi. Kita tidak perlu memanjangkan urusan peribadi dan membuka pekung orang lain. Cukuplah sekadar teguran ringkas dan berterusan.

Hanyasanya Allah jualah yang menilai kerja buat serta usaha kita.

Wednesday, October 28, 2015

Catatan Perjalanan Mans-Cairo-Mans

Ini merupakan post pertama aku dalam blog ini. Sejujurnya, aku tidaklah tetapkan tema khas bagi penulisan dalam blog ini, tapi aku suka sekiranya dicatatkan beberapa perkara penting berkaitan pandangan dan pengalaman hidup aku yang sedikit. Sedikit sebanyak pengenalan mengenai diri aku, kini sedang menyambung pengajian MBBCh kedoktoran di Mansoura University, Mesir. Seperti nama blog ini, Blog-tor, ia merupakan gabungan dua nama, Blogger-Doktor (kalau nanti ditukar, biarlah nama ini kekal sebagai nama pertama yang aku pilih untuk blog ini). Cara penulisan pula aku lagi gemar menulis bahasa yang standard, ala-ala skema begitu. Dah kalau bukan kita yang martabatkan bahasa sendiri, siapa lagi?

Jadi, untuk entri pertama, aku tuliskan beberapa catatan baru dalam kehidupan aku sepanjang berada di Cairo. Kalau dibandingkan kehidupan di Cairo dan Mansoura, boleh aku katakan sangat jauh bezanya. Di Mansoura, kau tak perlu berpagi-pagi menaiki bas untuk ke kuliah, namun di Cairo, bas atau tremco itu rutin. 

Oh, tremco ni kenderaan yang bentuknya seperti van. Pelajar-pelajar melayu sahaja yang panggil tremco, kalau orang-orang Arab panggil van ini sebagai 'mini-jet' sebab perkataan van itu sangat asing dalam bahasa arab (mereka tak boleh sebut 'V').  Sejarah penggunaan nama tremco ini pun menarik juga. Kalau nak diceritakan sejarahnya, mungkin dalam entri yang lain.

26/10/2015 (Isnin)
Aku dan seorang lagi kawan aku bergerak menaiki bas dari el-Utubis Dauli, bahagian lain kota Mansoura. Sesampai di kaunter tiket, ammu (pakcik) yang jaga kaunter kata tiada tiket. Dia suruh kami berlari masuk ke stesen bas. Aku terpinga-pinga sebab ini kali kedua aku menaiki bas ke Cairo. Kali pertama pada awal tahun 2015, ada tiket yang dikeluarkan. Tetapi kali ini, tiket bas kami beli selepas 'onboard'. Harga semasa kejadian, LE25 per orang. Alhamdulillah, kami tak terlepas bas dan terus menuju ke Cairo pada pukul 7 malam.

Kami sampai di Cairo tepat jam 8.45 malam. Sememangnya jumlah penduduk sangat padat di sini. Kata senior, sebab kawasan Cairo ini berpenduduk padat, tak hairanlah suasana di Cairo seperti India. Kami turun di tepi jalan, sedikit jauh daripada Dataran Ramsis. Dari situ, kami bergerak ke Dataran Ramsis, tempat di mana semua tremco ke pelbagai seksyen (hayyu) di Cairo berkumpul. Berbanding awal tahun 2015, suasana di Dataran Ramsis agak sesak daripada akhir tahun ini. Kali pertama aku ke sini, masih terdapat penjaja yang menggunakan hampir 75% dataran itu untuk berniaga. Tapi sekarang, dataran itu lebih lapang tanpa kewujudan penjaja. 

Beberapa teknik untuk berebut tremco ialah dengan menggunakan isyarat tangan. Dalam kes aku, kami nak bergerak dari Ramsis ke Hayyu Sabie (Seksyen 7). Sebaik mendengar pemandu tremco menjerit "sabie', sabie' sabie'", biarpun dari jauh, kau dah angkat tinggi-tinggi tangan dan tunjuk tanda 'peace' (seperti bentuk no. 7 dalam bahasa Arab). Kalau pemandu tu sedar, dia akan 'reserve' tempat untuk kita. Ada beberapa lagi bahasa isyarat yang lain, mengikut tempat yang nak dituju.

Kami menaiki tremco dari Ramsis ke Hayyu Sabie' dan berhenti di depan Abo Ramy (nama kedai shawarma). Di kawasan kami berhenti itu, juga dipanggil akhir Sabie'. Untuk satu malam, kami bermalam di rumah kawan yang hanya beberapa langkah di belakang Abo Ramy. Untuk makan malam, kami makan di Mat'am Kababji el-Masri. Dengan bajet LE13, kami dapat sepinggan nasi, 1/4 ayam, 2 keping roti 'aish baladi dan sepinggan acar arab. Itupun aku tak habis makan nasi

27/10/2015 (Selasa)
Seawal 4.45 pagi, masuk waktu subuh. Di Mesir, kita tak perlu jauh-jauh pergi ke masjid kerana hampir kesemua masjid dibina berdekatan antara satu sama lain. Cumanya berbalik kepada diri kita sendiri, hendak solat di masjid atau tidak. Pukul 7.15, kami keluar rumah untuk pergi ke Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) di 'Abbasiyah. Untuk pergi ke sana, kami menaiki bas warna merah 24ج. Selain bas 24ج, ada juga bas 926 yang melalui 'Abbasiyah dan satu bas swasta (warna biru) bernombor 1010. Tetapi bas biru hanya melalui awal Sabie' sahaja. Bas berwarna biru selalunya berharga LE2 berbanding bas merah yang tambangnya cuma LE1 sekali perjalanan.

Kami menaiki bas itu melalui kuliah ulum dan kuliah perubatan. Juga melalui hadapan astaka di mana Anwar Saddat ditembak mati ketika perarakan ketenteraan 6 Oktober 1981. Akhirnya, kami turun di hadapan kedai tilam Taki dan berjalan terus sehingga berjumpa dengan bangunan DMAK. Antara banyak-banyak bangunan di situ, DMAK antara bangunan yang paling lawa. Kami sampai awal di DMAK, lebih kurang pukul 8.30 pagi. Kami buat appointment dengan Ust Imran Ibrahim, SU2 Education Malaysia Egypt pada pukul 10 pagi. Sementara itu, kami tunggu di Cafe Anjung DMAK. Aku rasa, sambal nasi lemak di Cafe Anjung antara yang terbaik di Mesir.

Urusan waktu dengan Ust Imran bermula pukul 10 pagi. Waktu pejabat EME bermula pukul 8.30 pagi sehingga 3 petang. Untuk urusan bersama pelajar hanya ditetapkan pada hari Isnin dan Selasa sahaja. Kalaupun hendak datang selain hari Isnin dan Selasa, kena buat appointment dengan pihak berkenaan dahulu. Untuk urusan dengan pejabat, pastikan siap segala dokumen yang perlu untuk difotostat. Kalau nak mencari maktabah, kena keluar dari persimpangan Taki, belok ke kanan dan maktabah terdekat selepas Madrasah Mustafa Kamal. Hampir 800 m daripada bangunan DMAK. Kalau jumpa bangunan Air Force Polyclinic, itu maksudnya kau dah terlajak lah. 

Selesai urusan dengan Ust Imran kira-kira pukul 2 petang, kami terus bergerak pulang menaiki bas yang sama menuju ke akhir Sabie'. Bertentangan kedai tilam Taki itu ada persimpangan di mana tremco dan bas selalu melalui kawasan itu. Yang penting isyarat tangan.

Sebelum pulang ke Mansoura, kami dijamu di rumah kawan di Hayyu Sabie' dan sempat membeli fatirah cuklatah (fatirah inti coklat) di kedai bernama Qayubi (sebaris Abo Ramy). Fatirah ini makanan arab, lebih kurang seperti roti canai, tambahannya adalah inti coklat. Kami bergerak ke Ramsis lewat pukul 5 petang. Tiba di Ramsis, sudah azan maghrib. Awalnya ingin menaiki kereta api ke Mansoura tetapi hanya ada kereta api yang tiada 'air-cond'. Kemudian, tukar plan - nak naik bas atau tremco. Sebetulnya, kami tak tahu arah tujuan ke tempat tremco atau bas (haha). Cuma tanya pemandu tremco ke Iskandariah, Tanta dan Mahallah "fein tremco ilal mansoura?" nanti semuanya tunjuk ke mana arahnya. Akhirnya jumpa tremco ke Mansoura. 5 minit selepas pemandu tremco mengumumkan akan bergerak ke Mansoura, terus penuh tremco kami. Tak sangka, hari Selasa pun masih ramai yang nak pergi ke Mansoura. 

Kalau ikut ranking pilihan budak melayu di Mesir, 'mode of transportation' yang paling seronok ialah kereta api 'air-conditioned', diikuti oleh bas, tremco dan akhir sekali kereta api mish mikyaf (non-air conditioned). Namun, hal ini bergantung kepada nilai tambang transport masing-masing. Keretapi mikyaf, LE25 (2nd class); bas, LE22-25; tremco, LE17; keretapi mish mikyaf, LE3-7. Selalunya, tremco merupakan transport yang paling laju. Kalau tempoh biasa perjalanan Cairo-Mansoura 3 jam, dengan tremco hanya 2 jam sahaja. 

Tremco yang kami naik ini sangat tidak ergonomik. Alas kerusi di bahagian pinggang keras hingga terasa rangka besi. Sepanjang 2 jam perjalanan, itu lah 2 jam yang paling tidak selesa. Sekejap-sekejap aku ubah posisi, ke kanan dan ke kiri. Tiba masa untuk bayar tambang, semua penumpang tiada duit kecil. Pastu ada syeikh seorang bergaduh dengan pemandu tremco. Kami, dua orang budak Malaysia senyap, tak faham butir perbualan mereka. 

Alhamdulillah, jam 8 malam kami tiba di Istad el-Mansoura. Kami turun di situ dan ambil tremco ke Tir'ah. Sebenarnya, tremco yang kami naik dari Cairo itu sudah melalui jalan menghala ke Tir'ah (landmark Sun Mall). Tapi kami tak yakin dengan sense of direction kami, jadi kami terus sahaja melalui Murur dan akhirnya tiba di Istad el-Mansoura. Naik tremco ke Tir'ah pula membuktikan sense of direction kami betul. Kami berpatah balik ke Sun Mall dan menuju ke Tir'ah. 

Rugi 75 qursy kami untuk tremco dari Istad el-Mansoura. 


p/s: Kalau ada siapa-siapa yang ada tambahan pengalaman berkaitan Cairo, boleh lah kongsi di ruangan komen. Nak tahu juga pengalaman manis, masam, pahit orang lain.