Monday, February 15, 2016

Jaulah Fayoum dan Maqam di Cairo

Lepas ke Coptic Cairo pada 5hb Feb, lusanya (7hb Feb) aku ikut trip PCM ke Fayoum dan Cairo (lagi sekali). PCM ni abbr. untuk PERUBATAN Cawangan Mansurah. Trip ni sebenarnya khas untuk akhawat, tapi well, aku pun mengada nak ikut sekali. So the cost I have to pay is by being an AJK. AJK TUgas-tugas Khas la untuk angkat-angkat barang.

Jadi, sepanjang perjalanan nak dikatakan banyak sangat dugaan tapi yang paling penting ibrah dari setiap tempat yang dapat aku ziarah.

Aku cadang tak mahu tulis panjang-panjang. Aci tak kalau aku selit gambar je? Nanti kau orang bacalah caption bawah gambar tu.

Untuk ringkasan trip ini, di Fayoum kami pergi ke Buhaira Qarun (tasik Qarun) dan Wadi Rayyan (lembah Rayyan). Sekejap je di Fayoum. Mungkin lebih kurang 6 jam. Banyak lagi tempat yang tak sempat nak lawat.

Di Cairo pula, lawatan kami bertemakan ziarah maqam-maqam keturunan Nabi dan tokoh-tokoh Islam.

Ok, last tulisan aku sebelum kita tengok gambar. Aku suka sangat lawatan ini sebab seolah-olah kau boleh temukan jiwa sepanjang rehlah atau jaulah atau trip ini. Bukan kosong-kosong pergi ke satu tempat. Perasaan melawat maqam dan tempat bersejarah yang mempunyai sejarah Islam seakan menampar diri aku (so hard).

Nak kata, aku yang selama ni lalai sangat dengan dunia, boleh meremang bulu roma memikirkan, ‘Oh hinanya aku berbanding manusia-manusia yang telah pergi ini’. Menangis juga dalam hati teringat darjat yang tak seberapa.


Mungkin kalau ada sesiapa yang berkeinginan melawat maqam-maqam ini, betulkan niat untuk memperbaiki diri. InshaAllah dipermudahkan jalan mendapat ‘tamparan’ sebegini, bahkan mungkin lagi kuat daripada apa yang aku dapat.

Buhaira Qarun (Tasik Qarun). Masyarakat tempatan mengaitkan tasik ini dengan kisah Qarun dan sepupunya Nabi Musa. Namun, dikatakan tasik ini dan wujud lama sebelum zaman Nabi Musa. Suatu ketika, firaun apatah-namanya-tak-ingat mengalirkan air dari Sungai Nil ke sini dan jadi lah tasik sehingga sekarang. Luas tasik lebih kurang 40km persegi.  
DI lembah Rayyan. Di sini sahaja terdapat 2 lagi tasik yang tidak bersambung antara satu sama lain. Ajaibnya, tasik-tasik ni wujud di tengah-tengah padang pasir. Sememangnya dataran Fayoum ini berada pada titik yang terendah membolehkan kawasannya diairi untuk pertanian.

Shalalat Wadi Rayyan. Air terjun di lembah Rayyan. Satunya-satunya air terjun di Mesir. Ada yang kata air terjun ini terjadi semulajadi, tetapi ada juga yang kata ini air terjun buatan. Wallahua'alam. Just enjoy the view.

Malu nak letak gambar besar-besar. Orang kata mata aku sepet, tapi sebenarnya silau je tu. Hoho.

Masjid Amr Al-As pada waktu malam. Kali kedua aku pergi tapi lepas ni memang kena pergi lagi sebab tak sempat tengok tiang tempat Imam Syafie bersandar ketika mengajar pengajian di masjid ini.

Sejarah di Maqam Sayida Ruqaiya dan keturunan Nabi Muhammad. 


Gambar di maqam Sayida Ruqayya.

Maqam Ibnu Sirin. Pentafsir mimpi Islam yang terkenal. Bukunya yang paling masyhur, Tafsir Ahlam.

Maqam Sayyida Nafisah bint Hassan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Hassan bin Ali bin Abi Talib. Juga merupakan tok guru kepada Imam Muhammad bin Idris asy-Syafie.

Gambar di perkarangan Masjid Sayyida Nafisah.
Maqam Sultan Hanafi. Awalnya aku ingat ini maqam Imam Hanafi, tetapi bukan. Sultan Hanafi merupakan wali Allah yang diberi kemuliaan dalam kalangan rakyat ketika itu. Dipanggil dengan gelaran Sultan kerana sifatnya yang pemurah, alim dan masyarakat lebih mendengar kata-kata beliau berbanding sultan atau khalifah pada zamannya.

Gambar dari luar Masjid Sultan Hanafi. lepas ni boleh la try nak pergi sendiri.

Telaga Sultan Hanafi. Menurut satu riwayat, dikatakan Sultan Hanafi berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Keluarganya memesan daripada beliau untuk membawa pulang air zamzam. Setelah pulang dari mengerjakan haji, ramai daripada penduduk kampungnya meminta air zamzam sehingga air zamzam itu habis. Dikhabarkan kehabisan air zamzam itu kepada keluarganya. Sultan Hanafi kemudiannya menggali telaga di belakang kawasan rumahnya dan dengan kuasa Allah, terpancut mata air dari tanah. Rasanya memang payau-payau air zamzam. Ada yang kata, air dari telaga Sultan Hanafi bersambung dengan mata air di Mekah iaitu air zamzam. Maka, beramai-ramai lah kami mengambil berkat daripada telaga Sultan Hanafi. 

Tulisan berkenaan riwayat hidup Sultan Hanafi serta kelebihan dan karamahnya.

Maqam menantu Sultan Hanafi bertentangan dengan maqam beliau.

Bergambar di dalam Citadel Salahuddin al-Ayubi. Di mesir terdapat 2 kubu Salahuddin al-Ayubi. Satu lagi bertempat di Semenanjung Sinai.

Berlatarbelakangkan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Juga masih di dalam kubunya.
Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha di dalam Kubu Salahuddin.

Rekaan dalaman Masjid Muhammad Ali Pasha.

Perkarangan Masjid Muhammad Ali Pasha sebelum masuk ke dewan solat. Menara jam di sebelah kanan itu hadiah daripada Perancis sebagai tanda pembebasan Mesir daripada kolonial Perancis.

Maqam Muhammad Ali Pasha. Pakcik Arab ada kata dalam tu pun ada maqam isteri Ali Pasha, namanya Zainab. Tapi aku nampak satu je maqamnya.

Pelan kawasan dalam Kubu Salahuddin yang sekarang ini dijadikan Muzium Polis Kebangsaan.

Excavuation area. Aku tak tau apa function benda alah ini. Mungkin boleh bayangkan sendiri based on nama tempat ini kot. Hehe. 

Maqam Imam mazhab kita, Imam Muhammad bin Idris asy-Syafie. Beliau bersambung keturunan dengan keluarga Nabi Muhammad melalui al-Mutallib, bapa saudara Nabi. 'Kuniyah' yang diberikan iaitu asy-Syafie berasal daripada nama atuk beliau. Ketekunan beliau menuntut ilmu membawanya menjelajah ke pelbagai negara sehingga akhirnya ke Mesir. Di Mesir, beliau akhirnya wafat akibat penyakit buasir pada tahun 608H/1212M. 

Tapak kaki Nabi Muhammad di hadapan Maqam Imam Syafie. Tak pandai nak cerita bab ini tapi InshaAllah kalau berkesempatan aku akan cari sumber yang betul dan tulis semula di dalam blog ini. Tetapi ada riwayat yang mengatakan, Nabi Muhammad menziarahi maqam Imam Syafie pada setiap hari Jumaat, selepas waktu Asar. Wallahua'lam.

Gambar berlatarbelakangkan maqam Imam Syafie dan tiang (yang dialihkan daripada mana tah, aku tak ingat la. Maaf) yang menjadi tempat Imam Syafie bersandar semasa menyampaikan pengajian beliau.

Kubah di atas maqam Imam Syafie. Dindingnya masih ada unsur klasik lagi,

Berdekatan maqam Imam Syafie terdapat maqam Imam Zakaria al-Ansari.

Pelan yang menunjukkan tempat menarik sekitar Masjid Imam Syafie. 


No comments:

Post a Comment