Selalunya kita mendengar pepatah, “Kalau bukan kerana Nil,
Mesir bukanlah apa-apa” tetapi kota Siwa telah terkecuali daripada pepatah ini kerana di sana tetap mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Pertamanya, peradaban di Siwa tidak bergantung langsung kepada
sumber daripada Sungai Nil. Malah, peradaban di Siwa berdiri hasil daripada
kesuburan oasis yang luas.
Kedudukan Siwa dalam peta Mesir adalah di bahagian barat,
sangat berhampiran dengan sempadan Mesir-Libya (masih dalam darah Marsa-Matrouh). Jaraknya dengan Cairo mungkin
lebih kurang 700 km, pantas menjadikan Siwa sangat jauh daripada Perlembahan
Nil. Siwa juga merupakan tapak gurun terbesar di dunia iaitu Gurun Sahara.
Gurun Sahara pula dikongsi keluasannya antara 4 buah negara; Mesir, Libya,
Maghribi dan Sudan.
Peta Kota Siwa. |
Namun, kuasa Allah itu tidak diduga. Di tengah-tengah gurun
yang terbentang, siapa sangka muncul mata air yang menyuburkan tanah. Di Siwa,
oasis yang terbentuk bersumber daripada bawah tanah. Terdapat juga beberapa
telaga mata air di Gurun Sahara yang panas dan sesetengah yang lain bersuhu
sejuk.
Keduanya, kebudayaan di Siwa juga mempunyai nilai estetik
tersendiri. Populasi di Siwa sekitar 30,000 jiwa dan kehidupan mereka masih
jauh daripada arus modernisasi. Untuk membezakan antara wanita Siwa dan wanita
luar, boleh tengok kepada cara mereka berpakaian. Wanita Siwa mengenakan jubah
dari hujung rambut sehingga hujung kaki (literally), sampai mata pun tidak
kelihatan.
Aktiviti masyarakat Siwa didominasi oleh kaum lelaki sahaja.
Pada waktu pagi dan malam, sukar untuk ditemukan wanita Siwa berjalan-jalan di
pasar. Kebiasaannya ditemukan wanita Siwa di kawasan kampung dan di atas teksi.
Oh yaa, teksi di Siwa bukanlah seperti teksi kereta di Malaysia atau Cairo,
tetapi teksi mereka adalah motosikal bertayar tiga, ataupun di kawasan Mesir yang
lain dikenali sebagai Halawa.
Masyarakat di Siwa juga hidup bersuku-suku. Walaupun tidak
ketara kehidupan bersuku-suku mereka tetapi aku boleh andaikan bahawa kehidupan
di Siwa tidak lain seperti kehidupan di Negeri Sembilan. Mereka tetap menjunjung adat, kabilah dan suku mereka, tetapi mereka juga belajar untuk tinggal dan
co-exist bersama-sama.
Majoriti suku di Siwa bukanlah berbangsa Arab (qibtiyyah;
bangsa Firaun) mahupun bangsa Israel (bangsa nabi Musa), tetapi majoritinya berbangsa
Siwi atau Barbar. Mother tongue di Siwa bukanlah Bahasa Arab tetapi Bahasa Siwi
atau Barbar tetapi masyarakat mereka masih boleh berbahasa Arab, cuma kadang-kadang
dialek yang mereka gunakan adalah dialek Syria (yang aku tahu dialek Syria la
sebab diorang tanya “Shu ismak?” padahal di Mesir kebiasaannya guna “Ismak eh?”).
Penggunaan Bahasa Siwa sangatlah lain daripada Bahasa Arab. Sebagai
contoh, di negeri lain, “Izayyak?” adalah ekspresi untuk bertanya “Apa khabar
kamu?” Tetapi di Siwa, mereka menggunakan ekspresi “Mis Magarga’?” untuk tujuan
yang sama. Perkataan ‘berjalan’ dalam bahasa Arab ialah ‘nim-syi’, tetapi di Siwa
perkataan tersebut bertukar kepada ‘gan-feil’. Jadi, salah satu keunikan di
Siwa adalah bahasanya. Elakkan lah bergaduh semasa membeli barang. Kalau tak,
percuma je kena maki dalam Bahasa Siwi.
Untuk kegiatan ekonomi di Siwa, masyarakatnya bergantung
kepada hasil bumi seperti garam, tamar dan zaitun. Oleh sebab itu, kota Siwa
juga dikenali sebagai Jazirah Malah (semenanjung garam), Jazirah Balah
(semenanjung kurma) dan Jazirah Fatnas (semenanjung zaitun).
Kota Siwa mempunyai Buhaira Malah (tasik garam) yang keluasannya mencecah 8x40 km persegi. Kebun-kebun di Siwa juga kaya dengan hasil kurma dan zaitun. Untuk memetik kurma yang fresh dari ladang, eloklah datang sewaktu musim panas kerana ketika itu musim kurma berbuah. Kalau pergi ke Siwa juga, jangan lupa borong kurma bersalut coklat dan kurma badam banyak-banyak. Nanti dah balik dari Siwa, menyesal kau sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
Kiri dan kanan jalan ialah Buhaira Malah a.k.a tasik garam. |
Ketiganya, di Siwa terdapat pelbagai tempat bersejarah yang
menarik. Untuk aku, ciri-ciri sejarah yang ada pada sesuatu tempat itulah yang membuatkan
ziarah itu lebih bermakna. Di samping menikmati pemandangan di negeri orang,
dapat juga kita mengetahui serba-sedikit berkenaan tamadun dan peradaban
dahulu.
Siwa terkenal dengan pusat persinggahan Cleopatra VII.
Dikatakan di Siwa ini, Ratu Mesir tersebut sering berulang untuk mandi di
telaga Cleopatra (Uyun Cleopatra). Dan di telaga tersebut juga, airnya kebiruan
dan sangat jernih. Sumber telaga tersebut adalah daripada oasis Siwa dan kalau
sesiapa yang pergi ke sana, kita boleh nampak buih-buih dari dasar telaga
tersebut yang menunjukkan punca telaga itu. Masyarakat Siwa percaya, lelaki
yang baru berkahwin digalakkan untuk mandi di telaga ini untuk maintain awet
muda.
Bergambar kenangan di Uyun Cleopatra. |
Uyun Cleopatra. Kalau tengok ke dalam telaga boleh nampak dasar. Jernih sangat airnya. |
Sebelum ini di Matruh, kami berpeluang melawat Hamam
(tandas) Cleopatra. Dikatakan dalam sejarah, air yang digunakan oleh Cleopatra
untuk mandi di Hamam itu diangkut dari Siwa, iaitu daripada Uyun Cleopatra ini. Bayangkan khadam-khadam
istana firaun suatu ketika dahulu, mengangkut air dari Uyun Cleopatra di Siwa,
hingga ke Hamam Cleopatra (300km perjalanan). Agak-agak ada tak yang mati dalam
perjalanan? Dah lah berjalan di tengah-tengah padang pasir.
Di Siwa juga ditemukan Jabal Mauta (Mountain of The Dead)
sekitar tahun 1944 berikutan penjajahan Itali ke atas Mesir. Ketika itu,
penduduk Siwa lari untuk menyelamatkan diri ke arah Jabal Mauta daripada
serangan tentera Itali. Tanpa sengaja, penduduk Siwa menemukan ribuan mayat
yang diawet (mumia) di dalam binaan seperti blok-blok bilik bawah tanah yang terdapat di kaki bukit Jabal Mauta. Hasil
ekskavasi menemukan lebih banyak mayat-mayat yang diawet sehingga ke puncak
bukit tersebut. Mayat-mayat yang dijumpai merupakan mayat bangsawan Mesir
sewaktu Zaman Lama Mesir Purba.
Di Kaki bukit ada lubang tempat mumia bangsawan ditemui. Gambar ke arah barat. |
Catatan Hieroglif saat perkahwinan Cleopatra dan Mark Anthony. |
Kalau dilihat, di Jabal Mauta itu terdapat banyak lubang di kaki bukit yang
menunjukkan hasil ekskavasi mayat dan mumia bangsawan Mesir Lama. Juga di sini
terdapat muzium yang tersangatlah kecil dan percuma untuk melihat ukiran
hieroglif seperti detik perkahwinan Cleopatra dan Mark Anthony.
Jabal Dakrour (Mountain of Reconciliation) |
Satu lagi bukit yang mempunyai nilai sejarah ialah, Jabal
Dakrour (Mountain of Reconciliation). Di sini menyaksikan dua peristiwa
terbesar penduduk Siwa. Satunya ialah pertumpahan darah penduduk Siwa akibat
peperangan antara suku di sini dan keduanya ialah termetrai perjanjian
perdamaian antara 11 suku yang wujud di Siwa.
Sehingga 2011, setiap ketua suku di Siwa menggunakan Jabal
Dakrour sebagai tempat bermesyuarat menyelesaikan masalah antara suku. Sebab
itu, kadar jenayah di Siwa antara yang terendah kerana semangat hidup bersuku-suku
mereka kuat. Pada waktu bulan Oktober mengambang setiap tahun, diadakan satu festival
yang dinamakan ‘Siyaha Festival’ (bukan hari melawat, tetapi festival menuai) sebagai
memperingati perjanjian perdamaian antara 11 suku yang tinggal di sana. Ketika
festival itu, kesemua suku di Siwa (lebih kurang 3000 orang; lelaki sahaja)
akan berkumpul di Jabal Dakrour.
Kemudian, antara tempat menarik di Siwa juga ialah Gurun
Sahara. Sesiapa yang berkunjung ke sini, pastikan join off-road di Sahara,
gurun terbesar di dunia. Dikatakan bahawa asalnya Gurun Sahara ini adalah bekas
lautan kerana terdapat penemuan fosil ikan di tengah-tengah padang pasir.
Tetapi kami tak sempat pergi ke tapak fosil kerana sibuk sandboarding; dari
lepas Asar sampai ke Isyak. Hehe.
Sandboarding kejap. |
Walaupun bayaran untuk aktiviti off-road ini LE200
per person, tetapi boleh dikatakan worth it juga lah sebab pengalaman itu yang mahal.
Di gurun ini juga terdapat beberapa oasis atau mata air yang
dilindungi dan tidak dilindungi. Mata air yang dilindungi menjadi tarikan
pelancong dan diselenggara dengan baik. Manakala oasis yang tidak dilindungi, disekelilingnya ditumbuhi tumbuhan tetapi masih lagi mengekalkan pemandangan
yang cantik dengan air yang masih jernih.
Di Bir Wahed (telaga pertama) a.k.a ‘Ain Sukhna (mata air panas),
kawasan itu tidak lah sebesar mana tetapi pelancong yang datang mengambil
kesempatan untuk mandi di sana. Suhu airnya suam dan dikatakan mempunyai
kandungan belerang yang tinggi, baik untuk orang-orang yang menghidap penyakit
kulit. Di Buhaira Baaridah (tasik sejuk), kawasannya sangat luas dan terbentuk
daripada punca di Bir Wahed. Subhanallah sangat, di tasik itu terdapat anak
ikan yang berenang. Cuba bayangkan bagaimana anak ikan itu terdapat di dalam kolam
di tengah-tengah gurun? Sebab itu lah aku sarankan korang untuk datang ke Gurun Sahara, saksikan
sendiri kekuasaan Allah yang Maha Pencipta.
Belakang tu oasis Buhaira Baaridah. |
Ada satu lagi tempat yang menarik iaitu Shali Qodimah (Kota
Lama Shali). Aku pun tak tau sangat sejarah di kota lama ini. Aku cuma tahu,
kota lama ini sudah ada sekitar tahun 1500BC dan struktur binaan bangunannya
adalah daripada komposisi tanah liat dan garam. Garam bertujuan untuk
menguatkan dinding bangunan. Yang aku perhatikan, dinding di kota lama ini
nipis je, tetapi masih utuh berdiri setelah beribu tahun dibina. Juga aku
perhatikan, dinding bangunan di Siwa sekarang juga masih terpengaruh dengan
seni bina menggunakan tanah liat dan garam.
Tinggalan Shali Qodimah. |
Yang ni gambarnya diambil dari bukit pertama. Yang aku tunjuk tu bukit kedua dan luas Kota Lama Shali sampai ke sana. |
Runtuhan Kota Lama Shali. Nipiskan dindingnya? |
Fuhh. Penat dah tangan menaip panjang-panjang.
Mungkin daripada sekian panjang tulisan aku ini ada beberapa
perkara yang boleh diambil manfaat, maka silakanlah mengambilnya. Dan untuk
renungan kita semua, masa muda ini gunakanlah peluang untuk mengembara.
Mengembara mencari ibrah di sebalik penciptaan makhluk serta mencari tanda-tanda
kekuasaan Allah. Sesungguhnya dengan cara itu jua lah dapat meningkatkan
keimanan kita kepada-Nya.
MAsjid Besar Siwa. Lighting tak lawa. |
No comments:
Post a Comment