. |
5hb Feb hari tu kami 5 orang pergi merayau kat kawasan
Coptic Cairo a.k.a Old Cairo. Dalam entri sebelum ini pun aku ada tulis pasal
itinerary perbelanjaan dari 4hb Feb (malam) sampai 6hb Feb (pagi).
Jadi, semua kena faham la, maksud merayau itu apa. Merayau
ini main redah je. Seriously, malam sebelum 4hb hari tu aku tanya Nawi (yang
pakai spec mata tu), “Jom pergi Cairo!” Asalnya memang plan nak pergi Dreampark
lepas geng Timah (yang kenit) dan Najwa (yang pakai spec) balik dari Hurghada,
tapi sebab ada beberapa orang cakap Dreampark tak syok, so kami tukar plan nak
pergi merayau keliling Coptic Cairo.
Tapi jangan risau, Dreampark masih dalam wishlist. Cuma
tunggu duit masuk poket je dulu. Sekarang ni “Ma fish fulus daa..”
Sebelum itu, aku memang pasang angan-angan nak pergi jelajah
Cairo. Banyak lah tempat nak pergi. Old Cairo, Islamic Cairo, Downtown dan
lain-lain. Dah buat research sikit-sikit dah pasal Cairo. Kebetulan 7hb Feb
nanti, Najwa dan aku ada ikut satu trip keliling Cairo juga (mostly cover
Islamic Cairo part lah). Lepas itu aku pun cadang dekat Nawi, Iqbal dan Timah
untuk pergi Coptic Cairo. Okay, semua setuju!
Malam 4hb tu Nawi, Iqbal dan aku bergerak ke Cairo
betul-betul lepas aku habis meeting. Nampak sangat tak puas lagi bercuti ni.
Jadi, dipendekkan cerita kitorang sampai Cairo dan menginap di ARMA, Abbasiyah.
Keesokannya, Timah & Najwa yang dah memang ada di Cairo
tunggu kami 3 orang di Ramsis. Dari situ, kami naik metro (subway) ke Stesen
Mar Girgis. Keluar-keluar dari stesen tu memang akan nampak Coptic Museum.
Bayaran masuk LE30 untuk foreign student dengan syarat bawa kerneh (student ID
card). Kawasan muzium tu luas gila!! Penat pusing 2 jam lebih tak jumpa-jumpa
juga exit.
Dan sempat juga buat kawan Arab yang kerja di situ. Nama dia
Khaled dan aku mula-mula nak tanya la kalau-kalau dia boleh terangkan sikit
tentang Kristian. Tapi tak terang banyak pun sebab dia cakap dia Muslim. Cuma
kalau ada lukisan tentang Nabi Ibrahim, dia akan cakap yang dalam pengkisahan
Kristian, yang diperintahkan Tuhan untuk dikorbankan bukanlah Nabi Ismail,
tetapi Nabi Ishaq. So, aku jadi lah translator depa 4 orang ini. Dah habis jadi
translator, aku pula yang kena layan si Khaled ni berborak. Yang lain semua
laju je ke depan tinggal aku seorang. Kuasamm!
Dan sempat juga Khaled menceritakan background mazhab-mazhab
Kristian di Mesir. Ada 4 mazhab terbesar di Mesir iaitu Catholic, Orthodox,
Protestant dan Coptic. Masing-masing ada cara ibadat tersendiri. Kata dia lagi,
semua mazhab ni tak setuju atas sifat-sifat Jesus sama ada Jesus itu manusia biasa
atau merupakan figur ketuhanan. Untuk mazhab Coptic, kebiasaannya kita akan lihat
lukisan Jesus sahaja, sedangkan ada mazhab lain yang akan mengukir Jesus
daripada batu. Itu antara perbezaannya.
Depan tangga The Hanging Church. Expert je boleh dapat angle terbaik macam ni. Kahh! |
Interior part of The Hanging Church. |
Hanging Church |
Selesai 2 jam lebih di sana, kami keluar dan berjalan
sedikit ke sebelah kiri. Di situ terdapat The Hanging Church (Kanisa El
Muallaqa). Hari tu kami pergi sesak; penuh dengan manusia. Sebaik memasuki
pintu masuk, ada dua jalan menuju ke tangga gereja. Kata orang, tangga gereja
mempunyai 28 anak tangga. Kenapa diberi nama The Hanging Church adalah
disebabkan terdapat 2 menara zaman Romawi di bawah gereja tersebut yang seolah-olah
menaikkan gereja tersebut tinggi sedikit daripada tanah. Tapi bila kami pergi,
tak nampak pun menara tersebut. Hehe.
Belakang tu St George Church. Belakang photographer ni ialah Virgin Mary Church. |
Sekejap je kami di
The Hanging Church, kemudian kami ke St George Church. Hanya perlu berjalan
kaki sedikit sahaja dan akhirnya sampai di sana. Rupanya, gereja St George ni
penuh dengan sejarah, tetapi kadang-kadang diselitkan juga unsur mitos. Pada
abad ke-6 Masihi, ketika itu kawasan Timur Tengah terutamanya di Libya,
Palestin, Lubnan dan Mesir di bawah kekuasaan Romawi. Ketika itu juga terdapat
seekor naga yang menyerang kampung-kampung. Akhirnya, datang St George dan berjaya
membunuh naga tersebut. Kemudian, St George ditabalkan sebagai penguasa. Kemudian,
Maharaja Rom mengarahkan agar tentera Kristian dijadikan korban untuk
Tuhan-tuhan Rom.
Tetapi St George enggan menurut perintah Maharaja. George
ditangkap dan diseksa di bawah gereja ini. Hmm..entah lah. Banyak sangat
version yang aku dengar. Kami pun sanggup tanya orang-orang di situ untuk terangkan
mengenai St George. Jadinya, dengar sahaja boleh, tapi tak perlu lah nak
percaya.
Interior part of St George Church. |
Ni lukisan pada kubah St George Church. |
Di sekeliling St George Church tu ada Virgin Mary Church,
tetapi ketika kami pergi, gereja tu tutup. Jadi, ekspedisi kami habis awal.
Maka kami bergerak ke Masjid Amr Al-As, masjid tertua di benua Afrika!
Berjalan kaki dari St George Church ke Masjid Amr Al-As tu
agak jauh. Kita akan melalui pasar Fustat, di mana kawasan itu pernah
menjadi kem tentera Amr Al-As sewaktu ekspedisinya membuka Mesir. Kawasan dalam
masjid itu Mashaallah luasnya! Tenang sangat. Kalau baring tu dah boleh tidur
agaknya. Jadinya, kawasan masjid tu tempat kami recharge tenaga setelah seharian
berjalan. Malam nanti katanya nak makan hotplate di Hayyu Sabie’ pula.
Bergambar di depan Pasar Fustat. Tapak lamanya ialah kem tentera Amr Al-As. |
Kawasan luar Masjid Amr Al-As. Meriah hari ini sebab hari Jumaat. |
Luas kan kawasannya? Boleh main kejar-kejar. |
Assalamualaikum bro, boleh suggest tak tempat2 menarik dekat cairo dan bandar sekitar cairo yang boleh dilawat dalam mase 7 hari. im going there end of this month btw. thank you in advance !
ReplyDelete