Aku mempunyai satu soalan yang tiba-tiba muncul dalam kepala
sewaktu aku berada di dalam bilik air. Aku pun tak pasti lah godaan syaitan
mana yang sengaja meniimbulkan never-ending question waktu dalam bilik air ini.
Nak buatkan aku berlama-lama dalam bilik air barangkali.
Persoalan ini asalnya persoalan biasa sahaja. “Kenapa orang
Arab boleh kencing merata tepi jalan dan orang Melayu tak berbuat perkara yang
sama?”
Menariknya, persoalan ini timbul setelah beberapa hari
kejadian ‘ammu’ teksi berhenti tepi jalan untuk menyelesaikan hajat beliau.
Waktu itu aku dah lambat pergi lecture @ muhadharah
(alamak..serius aku lupa perkataan ‘lecture’ dalam BM!). Tengah-tengah dalam
perjalanan, si ammu driver teksi berhenti tepi jalan sambil membawa sebotol air
yang masih berisi sedikit air.
Waktu itu juga aku dah memaki dalam hati. Aku dah lambat. “What
the h*** mamat ni?!”
Lama kemudian, aku bermenung di hadapan cermin bilik air, aku
tanyakan pada diri sendiri; “Kenapa jadi macam itu?”
“Apa beza masyarakat Melayu daripada mereka yang menyebabkan
perkara yang sama tidak berlaku?”
Kalaulah masyarakat Melayu dan Arab berlainan agama, mungkin
agama merupakan salah satu faktornya.
Tetapi realitinya bukan begitu. Kedua-duanya Muslim.
Sintesis dan analisis berkenaan tabiat itu akhirnya membawa
aku kepada persoalan budaya. Sememangnya jelas, budaya kita dan mereka jauh
berbeza. Masyarakat Melayu pemalu. Lain pula dengan masyarakat Arab. Mereka
kisah apa kalau orang nak kata.
Mengimbas suatu masa, ketika aku dan ahli rumah berjalan
kaki setengah jam ke pasaraya yang sedikit jauh. Dalam perjalanan pulang, kami
berhenti sebentar ke kedai buku tepi jalan. Asalnya aku mahu membeli satu buku
kanak-kanak berbahasa arab untuk mengisi masa lapang membaca dan menterjemah.
Tetapi akhirnya kami menghabiskan masa berborak dengan pemilik kedai buku,
Khaled, berkenaan politik Mesir dan sedikit tentang budaya masyarakat Arab.
Khaled bertanya, apa perkara yang kami tidak suka di Mesir.
Jujur kami jawab, tentang sampah adalah satu perkara yang
paling tidak boleh kami terima dengan akal. Seolah-olah komuniti di sini tidak
pernah menghiraukan pencemaran bau dan mata yang berlaku setiap hari.
Kata Khaled, mentaliti masyarakat di sini sangat ajaib. Walaupun
kau seorang yang tidak membuang sampah merata-rata, kawan kau akan tolong
buangkan sampah kau di mana-mana yang dia suka
“What are you doing?”
I’m keeping my trash so after I find one rubbish bin, I will
throw this away.
“Why are you doing that?”
What’s the problem with what I’m doing?
“Noo. Are you saying that you’re any better than me because
you’re not throwing away your trash?”
….
“Let me throw that away for you!”
Mereka tahu bahawa mereka bersalah membuang sampah
merata-rata, tetapi mereka merasa selesa kerana ramai lagi yang membuat perkara
yang sama.
Akhirnya kita tahu, wujud perkaitan di antara budaya dan mentaliti.
Oleh kerana itu, mentaliti yang dibentuk sejak kecil adalah
esensi penting pembentukan masyarakat madani (bertamadun). Bagaimana membentuk mentaliti kelas pertama?
Acuannya adalah sistem pendidikan awal.
Soal pendidikan pula tidak pernah menjadi semudah ABC.
Selain mendidik kemahiran berfikir, kemahiran tatasusila dan akhlak juga
merupakan komponen penting. Natijah daripada penguasaan kesemua aspek
pendidikan secara menyeluruh itu jugalah yang membentuk budaya kita.
Bagi aku secara peribadi, pendidikan moral dan akhlak itu
perlu berlaku sedari kecil, bahkan perlu bermula dari rumah. Tanggungjawab
mendidik anak kecil itu merupakan tanggungjawab bersama ibu dan bapa.
Kalau kita merenung kembali sistem kekeluargaan orang tua
kita, kita dapat melihat beberapa perkara. Si bapa tugasnya mencari rezeki, dan
apabila pulang ke rumah, tugas bapa adalah mengajar asas ilmu agama. Sebagai
contoh, mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran atau menghafal sifat Allah yang
20.
Sementara si bapa mencari rezeki pada waktu pagi, si ibu
pula mendidik anak dengan etika dan akhlak terpuji. Didodoinya anak kecil
dengan selawat sehingga anak itu ketiduran. Apabila terjatuh dan si anak
melukakan kaki mereka, ibu datang sebagai doktor dan pada masa yang sama
bertindak sebagai guru - menyuruh anak belajar dan tidak mengulangi kesalahan
yang sama.
Hebat sangat tugas ibu ini. Kalau diminta menjadi chef, sekelip
mata sahaja ditunaikan permintaan kita. Doktor juga boleh. Paling-paling
kurang, si ibu boleh menyapu antiseptik pada luka atau menyelesaikan misi ‘earwax
retrieval’. Menjadi guru juga dia. Menjadi tukang cerita juga dia. Menjadi
kaunselor juga dia.
Jadi, persoalan yang dibangkitkan pada awal entri ini secara
ringkasnya membawa kita kepada satu jawapan yang menjadi tunjang kepada
pembentukan budaya dan mentaliti – iaitu pendidikan awal yang menyeluruh dan
sejati.
No comments:
Post a Comment